Newcastle United Enggan Komen Mike Ashley Jual Pegangan Kepada Jutawan Dubai

Newcastle United enggan memberikan sebarang komen mengenai khabar angin pemilik kelab. Mike Ashley telah bersetuju untuk menjual kelab tersebut kepada jutawan Dubai, Sheikh Khaled bin Zayed Al Nehayan.

Dalam satu laporan oleh Telegraph, beberapa individu pengurusan tertinggi di St. James Park yang telah dihubungi untuk tujuan pengesahan berkata mereka tidak pasti sama ada Ashley telah menerima tawaran bernilai £350 juta untuk melepaskan kelab tersebut.

Tiada pengesahan

Walaupun cubaan beberapa kali telah dilakukan oleh Telegraph untuk mencungkil situasi sebenar, semua jawapan diakhiri dengan ‘tiada komen’, walaupun salah satu sumber dalaman berkata nilai tersebut adalah nilai sebenar yang diminta oleh Ashley.

Ketika ditanya sama ada jawapan ‘tiada komen’ itu bermakna urusniaga sedang dilakukan, salah satu sumber pula enggan mengesahkan atau menidakkan sekiranya pertukaran pemilikan sedang berlaku. Pengumuman rasmi mengenai hal ini dijangka hanya akan dilakukan selepas pertemuan dilakukan dengan Ashley diadakan pada hari ini.

NEWCASTLE UPON TYNE, ENGLAND – FEBRUARY 11: General view outside the stadium prior to the Premier League match between Newcastle United and Manchester United at St. James Park on February 11, 2018 in Newcastle upon Tyne, England. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Pihak berminat

Ashley dikatakan sedang berbincang dengan dua pihak berlainan yang menunjukkan minat untuk mengambil alih kelab tersebut sejak beberapa minggu yang lalu. Namun kedua-dua pihak yang berminat itu tidak mempunyai kaitan dengan Zayed Al Nehayan.

Bagaimanapun perkhabaran menyatakan Ashley telah menjual pegangan beliau kepada jutawan Dubai itu telah mengejutkan ramai. Ada juga yang mendakwa khabar angin itu bertujuan untuk memaksa dua pihak yang mahukan Newcastle agar bersetuju dengan terma yang ditetapkan oleh Ashley.

Namun dari beberapa sumber lain seperti yang disiarkan oleh beberapa akhbar di UK mengatakan permohonan pemindahan milik daripada Ashley kepada sepupu pemilik Manchester City, Sheikh Mansour itu sudah pun dihantar kepada pihak Premier League.

Sheikh Khaled bin Zayed Al Nehayan adalah anggota kerabat di Abu Dhabi dan pada tahun lalu dikatakan cuba membida Liverpool dengan nilai £2 billion.

(Photo by Ian MacNicol/Getty Images)

Berusia 61 tahun, beliau dikatakan mempunyai minat mendalam di dalam bola sepak dan sudah lama mencari peluang untuk memiliki sebuah kelab Inggeris.

Mike Ashley juga dikatakan sudah lama ingin melepaskan kelab tersebut selepas gagal melakukan pelaburan sepatutnya terhadap skuad utama kendalian Rafael Benitez sejak beberapa musim yang lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN