Beberapa Tonggak Utama Kelantan Bakal Berhijrah Ke Pasukan Lain

Tinggal dua hari lagi jendela perpindahan kedua Liga Malaysia akan menutup tirainya, ketua jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah membayangkan beberapa pemainnya bakal ‘angkat kaki’ selepas dipancing oleh pasukan lain.

Kelantan yang kini bergelut dengan masalah dalaman seperti isu tunggakan gaji kelihatan tempang tanpa khidmat tiga pemain import yang membuat keputusan untuk menamatkan kontrak dengan pasukan tersebut.

Malah, Yusri kini terdesak untuk menyelamatkan pasukan tersebut yang setakat ini menduduki tangga terakhir Liga Premier dengan 9 mata selepas mengharungi 14 perlawanan dan berdepan risiko tersingkir ke Liga divisyen 3 (M3) musim depan.

โ€œSaya mendengar perkara sedemikian, saya tidak menolak kemungkinan pemain-pemain saya dipancing pasukan lain pada jendela kedua ini yang tinggal beberapa hari saja lagi.

โ€œSungguh pun begitu, saya beri mereka keputusan terbaik untuk menilai seandainya mereka ingin keluar tetapi ini adalah asam garam dalam bola sepak, saya tidak boleh menyekat mereka keluar kerana itu peluang bagi mereka meningkatkan dan menyebarluaskan bakat mereka.

โ€œTetapi hakikatnya di sini (Kelantan) mereka berpeluang beraksi bersama pasukan, namun begitu saya harap perkara itu tidak berlaku dan harap mereka kekal bersama dengan kami hingga hujung musim ini,โ€ katanya dalam Harian Metro

Antara pemain yang dikatakan bakal keluar daripada pasukan tersebut ialah bintang tengah skuad kebangsaan, Nik Azli Nik Alias, Nik Akif Syahiran Nik Mat dan Danial Haqim Draman.

Bagaimanapun, Yusri berharap dapat bawa masuk seorang lagi pemain import untuk mengisi posisi di bahagian serangan jika mendapat lampu hijau daripada pihak pengurusan.

โ€œSaya memikirkan posisi penyerang begitu penting pada masa ini dan berharap pemilihan pemain import itu nanti biarlah bersesuaian dengan taktikal pasukan.

โ€œJika diberi peluang, saya sudah ada calon sendiri tetapi tunggulah pertemuan dengan KAFA selepas ini untuk kata putus dan harap dapat capai hasil yang baik sebelum pintu perpindahan ditutup pada 29 Mei ini,โ€ katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khasย untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN