MSL 2019: Perak ‘Terkulai’ Di Laman Sendiri, Melaka Pulang Gembira

Melaka

Perak hampa di laman sendiri selepas kecundang 2-3 ditangan Melaka United pada aksi ke-15 Liga Super Malaysia 2019 sebentar tadi.

Melaka memulakan perlawanan dengan meyakinkan apabila berjaya mendominasi aksi pada 15 minit awal.

Salah faham antara Hussein El Dor dan Khairul Amri Salehuddin pada minit kelima hampir memberikan jaringan pendahuluan buat pasukan pelawat.

Namun, penjaga gol Perak itu pantas memintas bola di kaki Luka Milunovic ketika beliau mempunyai peluang terbaik dalam kawasan penalti.

Perak terlebih dahulu di hadapan pada minit ke-18 selepas Brendan Gan meledakkan rembatan padu dari luar kawasan penalti sehingga terkoyak jaring gol di Stadium Perak, Ipoh.

Kegembiraan Perak itu hanya bertahan lima minit apabila Nazrin Nawi menyempurnakan sepakan percuma dari jarak 20 meter yang terus menerjah gawang menewaskan Khairul Amri.

Ketika perlawanan memasuki masa kecederaan di babak pertama, Patrick Reichelt menceriakan kem Melaka hasil jaringan kedua selepas gerakannya yang memperdayakan Nazirul Naim Che Hashim di sebelah kiri pintu gol Perak disudahkan dengan tenang untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Memasuki babak kedua, Perak membuat pertukaran dengan memasukkan J. Partiban bagi menggantikan Shahrel Fikri Md Fauzi dan pemain sayap itu pantas membalas kepercayaan Mehmed Durakovic.

Rembatan Partiban dalam kawasan penalti Melaka United pada minit ke-57 itu gagal dihalang Khairul Fahmi Che Mat untuk kembali menyamakan kedudukan.

Ketika skuad ‘Yob’  semakin bersemangat memburu jaringan, Reichelt sekali lagi menjadi duri dalam daging buat Perak dengan jaringan ketiga pada minit ke-74.

Berpunca daripada sepakan jarak jauh Wan Amirul Afiq yang gagal ditangkap kemas Khairul Amri, Reichelt bijak menghidu peluang terhidang dengan menolak mudah bola untuk gol kemenangan Melaka United.

Kejayaan mencatatkan tiga mata itu meletakkan Melaka United di tangga ke-4 dengan 22 mata manakala Perak turun ke tangga ke-8 selepas mengumpul 18 mata.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN