Bayern Munich Julang DFB Pokal, Perlawanan Terakhir ‘Robbery’

Bayern Munich melengkapkan kejuaraan ‘double’ mereka musim ini dengan kejayaan menjulang Piala DFB Pokal / Piala Jerman – menewaskan RB Leipzig.

Lewandowski meledak 2 gol, manakala 1 gol lagi sumbangan Kingsley Coman untuk memastikan Bayern Munich menang selesa 3-0.

Bayern mencetak kejayaan menjuarai 2 piala domestik dalam semusim untuk kali ke-12 dalam sejarah kelab mereka.

Leipzig memulakan aksi dengan sangat baik namun mereka tumpul di hadapan gol. Mereka sangat baik dalam melakukan tekanan tinggi kepada Bayern.

Namun begitu, Bayern mendahului di hadapan menerusi Robert Lewandowski pada minit ke-29. Ianya satu gol dengan teknik tandukan yang sangat baik.

Pada separuh masa kedua, Kingsley Coman meletakkan Bayern 2 gol di hadapan menerusi aksi ‘trap control’ ke atas bola yang sangat sempurna, dan beliau melakukan sentuhan kedua yang cantik – disudahi dengan percubaan tepat menerjah gawang.

Lewandowski mematikan sisa-sisa perjuangan RB Leipzig dengan gol ketiga beberapa minit sebelum wisel penamat.

Perlawanan berkahir 3-0. Ini juga menandakan berakhirnya era Robben-Ribery, gandingan pemain sayap yang digelar Robbery.

Niko Kovac turut mencipta rekod unik sebagai pengurus. Beliau menjadi pengurus pertama menang DFB Pokal dalam 2 musim berturut-turut dengan 2 pasukan berbeza.

Selepas kejayaan menjulang Piala Jerman, pengurusan Bayern memberikan jaminan bahawa masa depan Kovac di kelab itu terjamin.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN