Kisah Big Sam & ‘Erangel Battleground’ Yang Tidak Diketahui Ramai Di Bolton Wanderers

Bolton Wanderers. Kelab yang turut dikenali sebagai The Wanderes ini memiliki sejarah berusia 145 tahun. Ditubuhkan pada 1874 oleh seorang guru besar sekolah mubaligh di Bolton, kelab ini pada mulanya dikenali sebagai Christ Church FC. Sebagai antara kelab tertua di England, Bolton Wanderers juga merupakan salah sebuah dari 12 kelab yang membentuk liga bola sepak di England – dikenali sebagai Football League.

Tidak banyak kejayaan yang boleh dianggap membanggakan bagi Bolton Wanderers. Pernah tiga kali bergelar juara saingan divisyen kedua Liga Inggeris, Bolton turut pernah bergelar juara Piala FA sebanyak empat kali – kali terakhir muncul juara pada 1958.

(Photo by Adam Fradgley – AMA/WBA FC via Getty Images)

Di era English Premier League, Bolton Wanderers mempunyai kisah tersendiri yang menarik perhatian peminat bola sepak Inggeris.

Antara musim 2003/04 sehingga 2006/07 misalnya, Bolton mengakhiri setiap kempen sebagai lapan pasukan terbaik di EPL. Ia adalah konsistensi yang dianggap amat bagus untuk kelab seperti Bolton. Pengurus veteran, Sam Allardyce adalah pengurus yang bertanggungjawab terhadap Bolton pada era itu. Bagaimana beliau melakukannya?

Big Sam dan Bolton Wanderes

Sam Allardyce atau lebih dikenal sebagai Big Sam sebenarnya bukan watak yang asing bagi Bolton Wanderers. Beliau pernah beraksi selama sembilan musim untuk kelab tersebut diantara tahun 1971 sehingga 1986 – dikenali sebagai seorang pertahanan tengah yang cukup fizikal dan berkebolehan memenangi bola tinggi di udara.

Sifat kepimpinan Big Sam sememangnya menyerlah sejak bergelar pemain. Pada usia 28 tahun, beliau pernah ditawarkan sebagai pengurus Milwall, namun menolak tawaran tersebut kerana merasakan dirinya masih terlalu muda untuk terjun ke bidang pengurusan bola sepak.

Sam Allardyce ketika bergelar pemain Bolron Wanderers.

Allardyce akhirnya bersara sebagai pemain pada usia 39 tahun, sebelum mengendalikan beberapa kelab termasuk Preston North End dan Blackpool, sebelum dilantik sebagai pengurus Bolton pada 1999.

Big Sam & Arsene Wenger

Terdapat sedikit persamaan diantara Allardyce dan Arsene Wenger yang menyertai Arsenal pada 1996. Kedua-duanya disifatkan sebagai pengurus yang memberikan impak dan merevolusikan Premier League.

Tatkala Sir Alex Ferguson dan Manchester United mendominasi kejuaraan, hasil kerja Big Sam dan Wenger merupakan asas kepada bola sepak moden di Liga Inggeris pada hari ini. Hal ini mungkin mempunyai perkaitan dengan pengalaman kedua-dua individu tersebut sebelum bergelar pengurus di England.

10 Mar 2001: Bolton Wanderers manager, Sam Allardyce looks on in disbelief during the Nationwide 1st Division match between Bolton Wanderers and Gillingham at the Reebok Stadium, Bolton Mandatory Credit: Gary M. Prior/ALLSPORT

Wenger misalnya, pernah bergelar pengurus di Jepun. Walaupun bola sepak di Jepun tidak setaraf seperti di England, namun Jepun memberi impak yang berbeza kepada Wenger dari segi sains sukan. Misalnya dari segi diet dan pengambilan nutrisi yang bersesuaian untuk memampukan pemain beraksi secara maksima pada hari perlawanan. Ia adalah perkara yang diberikan penekanan secara khusus di Jepun sejak peringkat awal penubuhan J-League. Big Sam pula pernah beraksi sebagai pemain di Amerika Syarikat – untuk Tampa Bay Rowdies pada 1983.

22 Sep 2001: Arsenal manger Arsene Wenger exchanges words with Bolton manager Sam Allardyce during the FA Barclaycard Premiership match between Arsenal and Bolton Wanderers at Highbury, London. Mandatory Credit: Mike Hewitt/ALLSPORT

Ketika bersama Tampa Bay Rowdies, pemain-pemain bola sepak berkongsi fasiliti dan kakitangan kelab yang sama dengan pasukan NFL, Tampa Bay Buccaneers. Pengalaman sepanjang 11 perlawanan ketika Allardyce beraksi sebagai pemain Rowdies pada musim tersebut, benar-benar mengejutkan beliau pada ketika itu – terutama setiap prosedur terperinci yang diamalkan kelab untuk mempersiapkan pemain-pemain mereka sebelum perlawanan NFL.

“Saya belajar banyak perkara baharu, lebih daripada sekadar latihan seperti apa yang dilakukan di England. Di sini, setiap perkara diambil kira secara terperinci.”

SAN FRANCISCO – NOVEMBER 18: Quarterback Chris Chandler #17 of the Tampa Bay Buccaneers runs down the sidelines away from defensive linemen Jim Burt #64 and defensive end Charles Haley #94 of the San Francisco 49ers during a game at Candlestick Park on November 18, 1990 in San Francisco, California. The 49ers won 31-7. (Photo by George Rose/Getty Images)

Antara perkara baru yang digunakan oleh Tampa Bay dan membuka mata Allardyce adalah teknologi peranti mudah alih untuk mengesan kecederaan segera, khidmat pakar nutrisi dan psikiatri, dan impak statistik serta analisis ketika dan selepas perlawanan.

Tatkala Wenger dilihat lebih sebagai pakar revolusi dan memperkenalkan kaedah saintifik di dalam bola sepak, Allardyce dianggap sebagai jurulatih yang lebih dinamik dari segi inovasi dalam pembawaan beliau bersama Bolton.

Revolusi Bolton

Ketika mengambil alih Bolton, tumpuan Allardyce ialah untuk memberi penekanan kepada aspek fasiliti dan juga kakitangan yang mampu memacu Bolton ke tahap seterusnya – dengan kepakaran yang belum pernah diadaptasi di bola sepak Inggeris. Beliau diberikan kontrak selama 10 tahun untuk di Stadium Reebok untuk tujuan merealisasikan visi tersebut.

Tiga individu penting telah dibawa masuk oleh Allardyce untuk membantu beliau di Bolton. Pertama ialah Dave Alred, jurulatih ragbi yang mengubah Jonny Wilkinson dari seorang fly-half kepada pakar conversion sehingga membawa England muncul juara Piala Dunia pada 2003. Individu seterusnya ialah Billy Bane, individu yang merevolusi sukan bola lisut dengan statistik ‘moneyball’ dalam dunia realiti. Begitu juga dengan Dave Brailsford yang mentransformasikan pasukan lumba basikal Britain dengan falsafah ‘marginal gains‘.

27 Sep 1999: England Fly half Jonny Wilkinson and kicking guru Dave Alred test the new footwear during the Adidas Predator Kicking Clinic held at Old Deer Park, Richmond, London. Mandatory Credit: Gary M Prior/Allsport

Aspek pemakanan dan psikologi pemain turut mulai dititiberatkan di Bolton dalam usaha mengubah cabaran Bolton di saingan EPL. Segalanya bukan mudah buat Allardyce dengan dana yang terhad. Allardyce bertindak menjual Eidur Gudjohnsen dan Claus Jensen (masing-masing £4 juta) untuk tujuan menaik taraf kemudahan dan membawa masuk kakitangan kelab yang baru. Langkah tersebut dilakukan kerana Allardyce percaya inilah satu-satunya cara untuk mereka besaing dengan kelab lain yang mempunyai kekuatan kewangan yang lebih baik.

Sebagai ganti, Allardyce membawa masuk penyerang, Michael Rickets dengan harga £400,000, dan £1.5 juta lagi untuk membawa kembali bekas pemain, Fredsen; serta dua lagi pemain, Ian Marshall dan Isaiah Rankin. Pemain akademi, Kevin Nolan yang dianggap tidak mempunyai masa depan di Bolton sebelum itu turut dipromosi ke skuad utama. Allardyce akhirnya berjaya membawa Bolton kembali ke EPL pada 2001.

Bolton Wanderers di EPL

Dua musim pertama, ia amat sukar buat Sam Allardyce dan Bolton. Musim 2001/02, The Wanderers terselamat daripada penyingkiran – mengumpul 40 mata minimum untuk mengakhiri musim di tangga ke-16. Musim berikutnya, keadaan tidak banyak berubah. Bolton mengakhiri kempen musim seterusnya di tangga ke-17, berkelebihan hanya dua mata ke atas West Ham yang tersingkir selepas menduduki tangga ke-18.

Namun Allardyce dan Bolton percaya semua itu hanya sementara, dan hasil kerja mereka mulai membuahkan hasil pada musim 2003/04. Pada kempen musim tersebut, Bolton menduduki tangga ke-8. Ia adalah pencapaian terbaik di dalam sejarah bola sepak Bolton Wanderers.

BOLTON – SEPTEMBER 1: Michael Ricketts of Bolton Wanderers scores the winning goal from a penalty during the FA Barclaycard Premiership match between Bolton Wanderers and Aston Villa at The Reebok Stadium in Bolton, England on September 1, 2002. (Photo by Michael Steele/Getty Images) Bolton Wanderers won the match 1-0.

Kejayaan tersebut banyak berkisar kepada kaedah oleh Allardyce yang bersandar kepada statistik untuk memastikan pemain-pemain yang beliau miliki memenuhi potensi masing-masing. Pakar analisis Allardyce membantu beliau membina profil statistik untuk setiap bahagian permainan – termasuk posisi pemain secara individu.

Data yang dihasilkan bukan sahaja membantu Allardyce untuk memburu pemain yang bersesuaian di pasaran pemain. Ia juga membantu beliau merangka perubahan posisi dan peranan pemain berdasarkan statistik yang dihasilkan.

Antara perkara yang dianggap tidak masuk akal ketika era Allardyce di Bolton tetapi membuahkan hasil ialah menjadikan pemain penyerang, Henrik Pedersen dan Kevin Davies sebagai bek kiri dan pemain tengah kanan. Ricardo Gardner dari sayap kiri pula beraksi sebagai bek kiri – perkara biasa pada hari ini, dan boleh dianggap sebagai sesuatu yang mendahului zaman pada era tersebut. Perubahan itu dihasilkan selepas kajian terhadap data yang diperolehi dari pasukan analisis beliau.

MANCHESTER, ENGLAND – OCTOBER 17: Anderson of Manchester United battles with Kevin Davies and Ricardo Gardner of Bolton during the Barclays Premier League match between Manchester United and Bolton Wanderers at Old Trafford on October 17, 2009 in Manchester, England. (Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

Adakalanya Allardyce melanggar peraturan statistik yang dihasilkan untuk pembelian pemain. Misalnya ketika membawa masuk Ivan Campo, pemain pertahanan tengah klasik dari Real Madrid pada 2002. Tetapi Big Sam adalah pakar inovasi. Ia juga membuktikan Allardyce bijak menggunakan statistik dan data tersebut, dan tidak terikat atau menjadi hampa kepada sistem tersebut semata-mata.

Bersama Fernando Hierro kedua-dua pemain dijadikan ball-playing midfielders – kebiasaannya diturunkan sebagai pivot berkembar di hadapan empat pertahanan.

LIVERPOOL, ENGLAND – DECEMBER 3: Youri Djorkaeff of Bolton celebrates after scoring the third goal from a penalty during the Carling Cup fourth round match between Liverpool and Bolton Wanderers at Anfield on December 3, 2003 in Liverpool, England. (Photo by Michael Steele/Getty Images)

Pemain-pemain ini seperti sudah berada di penghujung karier masing-masing ketika tiba di Bolton. Namun Allardyce berjaya memberikan nafas baharu kepada aspek permainan mereka menggunakan inovasi yang beliau miliki.

Antara pemain ternama lain yang turut menyerlah selepas dibawa masuk menyertai Bolton oleh Allardyce ialah Youri Djorkaeff, Jay-Jay Okocha, El-Hadji Diouf, dan juga Nicolas Anelka.

Makmal perang ala ‘Erangel Battlefield’

Ketika Sir Alex Ferguson melawat pejabat Allardyce selepas satu perlawanan membabitkan Bolton Wanderes menentang Manchester United di Stadium Reebok untuk segelas wain, pengurus dari Scotland itu terkejut melihat timbunan dokumen-dokumen statistik di meja Allardyce.

Kegilaan Allardyce terhadap statistik disokong oleh sebuah buku berjudul The Mixer tulisan Michael Cox. Beliau pernah mendedahkan bahawa Allardyce adalah antara pengurus terawal yang menggunakan program Prozone untuk mengumpul statistik pemain. Tetapi perkara yang ramai tidak tahu ialah wujudnya sebuah bilik khas yang digelar ‘Makmal Perang’ di pusat latihan Bolton. Bilik tersebut bolehlah diibaratkan seperti ‘Erangel Battlefield’ dalam permainan PUBG pada hari ini.

(Photo by Jamie McDonald/Getty Images)

Di dalam permainan PUBG, Erangel ialah sebuah pulau dimana ujian kimia dan biologikal pernah dilakukan terhadap penduduk setempat. Makmal perang di pusat latihan Bolton pula ialah dimana pemain mengadaptasi diri mereka kepada hasil kajian dan analisis Allardyce.

Di situlah Allardyce akan memaparkan setiap aspek analisis di plasma TV yang mengelilingi bilik tersebut kepada pemain-pemainnya. Data-data tersebut mengandungi tahap kecergasan pemain, jumlah hantaran yang berjaya dilakukan, jarak larian, jumlah pecutan, terjahan, dam pintasan.

SOUTHAMPTON – MAY 3: Bolton manager Sam Allardyce gestures during the FA Barclaycard Premiership match between Southampton and Bolton Wanders on May 3, 2003 at Saint Mary’s stadium, Southampton, England. (Photo by Jamie McDonald/Getty Images)

Statistik tersebut membantu beliau untuk menjelaskan kepada pemain aspek yang perlu diperbaiki, atau peranan mana yang lebih sesuai untuk pemain-pemain tertentu. Ia turut membantu Allardyce untuk memilih kesebelasan utama terbaik untuk perlawanan tertentu, dan mengambil langkah berjaga-jaga dengan merehatkan pemain untuk mengelakkan kecederaan.

Walaupun pasukan lain turut mempunyai amalan yang sama pada ketika itu, Allardyce percaya kaedah oleh beliau adalah yang terbaik di Liga Inggeris pada ketika itu.

(Photo by Michael Steele/Getty Images)

Hasilnya, pada musim 2004/05 Allardyce dan Bolton berjaya mengakhiri kempen di tangga ke-6 dan layak ke Eropah. Musim berikutnya pula, Bolton konsisten menduduki tangga ke-8. Musim 2006/07 pula The Wanderers mengakhiri kempen di tangga ke-7.

Hanya Chelsea, Manchester United, Liverpool dan Arsenal yang memiliki rekod konsisten sebegitu pada era tersebut.

Allardyce unik dengan cara tersendiri

Tatkala Klopp, Guardiola dan Pochettino merupakan jurulatih moden yang menampilkan corak permainan free-flowing football dengan falsafah bola sepak tersendiri, Allardyce pula terkenal dengan direct route-one football bersandarkan formasii 4-5-1 atau 4-4-2 klasik.

Allardyce pernah berkata:

(Photo by Paul Gilham/Getty Images)

“Ada dua jenis jurulatih dalam bola sepak. Ada jurulatih seperti saya yang melihat kepada kelebihan dan kekurangan pasukan lawan, dan meminta pemain-pemain saya untuk melakukan perubahan. Fergie adalah jurulatih sebegitu. Jose [Mourinho] juga begitu. Arsene [Wenger] tidak akan mengubah cara bermain. Brendan [Rodgers] juga sama. Begitu juga Manuel Pellegrini yang tidak akan mengubah cara mereka bermain.

“Falsafah bola sepak mereka berbeza dengan kami. Cara kami bergantung kepada pasukan mana yang akan menjadi lawan. Manakala falsafah bola sepak mereka pula, ‘kami akan bermain dengan cara begini’, dan itu tidak akan diubah. Kerana itu anda mempunyai peluang lebih baik untuk menewaskan mereka.”

Penutup

Jika di dalam permainan PUBG, Erangel adalah pulau peninggalan selepas kegagalan ujian kimia dan biologikal kepada penduduk setempat, maka Bolton Wanderers juga ibarat sebuah kelab yang bergantung tidak bertali pada hari ini. Hari ini, Bolton ditadbir secara khas akibat masalah kewangan yang teruk.

Allardyce sendiri mengejutkan ramai apabila meninggalkan kelab tersebut secara mengejut pada 2007. Allardyce hanya menjelaskan tindakan beliau empat tahun kemudian dengan alasan kelab tersebut tidak memiliki cita-cita yang tinggi untuk bersaing di peringkat tertinggi.

Demikianlah kisah bagaimana statistik dan data mula digunakan di dalam bola sepak Inggeris, lebih sedekad sebelum kelab-kelab utama di Eropah berlumba-lumba menggunakan khidmat pakar ahli fizik, pakar matematik mahu pun jurutera untuk membantu prstasi pasukan masing-masing di atas padang dan juga di luar padang.

Kaedah oleh Allardyce mungkin berbeza jika mahu dibandingkan dengan Liverpool kendalian Jurgen Klopp, Manchester City di bawah Pep Guardiola atau pun Tottenham Hotspur di bawah kendalian Mauricio Pochettino pada hari ini.

Tetapi Allardyce pada era itu akan dikenang sebagai pengurus yang memiliki pesona tersendiri baik dari segi taktikal, inovasi, dan methodologi.

 

 

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN