Dokumen Bocor Ini Menunjukkan Sir Alex Ferguson Mahukan Vincent Kompany Pada 2004

Vincent Kompany sah meninggalkan Manchester City dan kembali semula ke RSC Anderlecht sebagai pengurus-pemain.

Kompany merupakan kapten paling berjaya dalam sejarah Man. City. Beliau menjadi kapten era revolusi Sheikh Mansour di Etihad

Kompany memiliki gaya permainan yang lasak dan kemampuan untuk menjaringkan gol dalam situasi bola mati.

Satu dokumen ringkas menunjukkan senarai pemain yang dikehendaki dan untuk dikeluarkan daripada pasukan Manchester United telah tertiris ke media sosial.

Dokumen itu adalah senarai pemain yang bakal dikeluarkan dan ingin dibawa masuk oleh Sir Alex Ferguson ke dalam Manchester United pada 2004.

Dalam senarai tersebut terdapat nama Vincent Kompany dan juga Gerard Pique yang ketika itu masih muda. Kompany ketika itu masih berusia 18 tahun.

Daripada senarai tersebut, Man. United akhirnya berjaya mendapatkan Gerard Pique. Apa yang menarik, 2 nama pemain tersebut, Pique dan Kompany menjadi antara bek tengah terbaik pada era mereka.

Man. United dilaporkan terlepas mendapatkan Vincent Kompany kerana Hamburg terlebih dahulu berjaya mendapatkan Vincent Kompany pada 2006 bagi menggantikan Daniel Van Buyten.

Sir Alex pernah berkunjung ke Scotland semata-mata mahu menyaksikan aksi Kompany yang ketika itu bermain untuk Anderlecht.

Sir Alex berkata: “Apabila saya pergi menyaksikan perlawanan Celtic vs Anderlecht di UCL pada 2013, saya datang untuk menyaksikan pertahanan Belgium, Vincent Kompany.”

“Namun perhatian saya tertarik kepada pemain tengah Celtic yang muda dan bertenaga iaitu Liam Miller.”

Miller kemudia terus ditawarkan pra-kontrak oleh Manchester United.

Selain itu Vincent Kompany pernah mendedahkan Sir Alex pernah menghubungi beliau untuk membawanya ke Man. United lebih awal, ketika berusia 17 tahun. Namun beliau ketika itu mahu menamatkan pengajian A-Level.

Kompany berkata: “United ada bertanyakan sama ada saya mahu ke sana. Namun malangnya keutamaan saya ketika itu adalah pelajaran. Saya mahu menamatkan pelajara saya di A-Levels. Saya pernah berjanji dengan ibu saya bahawa saya akan menamatkan pengajian dahulu, kemudian barulah saya fokus kepada bola sepak.”

Selain daripada Kompany dan Pique – Sir Alex Ferguson turut berminat dengan Mexes, Gabriel Heinze dan Alan Smith. Man. United berjaya mendapatkan Heinze, serta Alan Smith dari Leeds United. Mereka berjaya mengeluarkan Diego Forlan daripada pasukan selepas itu.

Daripada kertas ini, kita mendapati, Sir Alex membahagikan senarai perpindahan kepada 4.

1. Skuad dimahukan

2. Pemain tidak perlu (lebihan)

3. Pemain muda berpotensi (untuk dipromosi bila perlu)

4. Sasaran perpindahan

Pada 2008, Kompany menyertai Man. City yang ketika itu di bawah revolusi awal.

Manakala Man. United sudah pun berjaya mendapatkan Nemanja Vidic yang memiliki kualiti pertahanan luar biasa pada 2006.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN