Antonio Conte Bakal Jadi Pengurus Baru Inter Milan Dan Mahu Dapatkan Lukaku

Inter Milan

Koresponden untuk The Guardian, Sky Sports dan Calcio Mercato – Fabrizio Romano menyatakan bahawa Antonio Conte sah menjadi pengurus Inter Milan yang baharu.

Perjanjian tersebut sudah dimeterai 3 minggu yang lalu. Inter Milan dijangka akan mengumumkan perkara itu kepada media dalam masa terdekat – dan mungkin selepas perlawanan terakhir Serie A musim ini.

Menurut Fabrizio Romano, Antonio Conte diberikan kontrak 3 tahun bersama dengan kelab Inter Milan.

Antonio Conte yang baru sahaja menang kes tuntutan pampasan daripada Chelsea – sudah bersedia kembali semula ke alam pengurusan bola sepak.

Sebelum ini beliau dikaitkan dengan jawatan di Juventus – menggantikan Max Allegri. Namun ianya tidak berlaku.

Inter Milan kecewa dengan Luciano Spalleti yang gagal menjadikan pasukan tersebut sebagai pencabar kejuaraan sehingga ke akhir musim. Lebih teruk, bilik persalinan Inter Milan jadi berantakan. Ini termasuk kontroversi melibatkan Mauro Icardi.

Inter Milan sudah melaungkan amaran bahawa mereka akan tampil lebih serius pada musim akan datang. Inter juga dijangka akan berbelanja besar dalam perpindahan kali ini.

Dalam perkembangan yang lain, Antonio Conte dikatakan mahu Inter mendapatkan Romelu Lukaku dari Manchester United.

Ini bukan kali pertama Conte mahukan pemain tersebut. Malah ketika menguruskan Chelsea lagi, beliau pernah menjadikan Lukaku sebagai sasaran utama.

Malangnya, Chelsea ketika itu tewas kepada Man. United dalam persaingan mendapatkan Lakaku. Conte kemudian ‘diberikan’ Alvaro Morata sebagai ganti kegagalan Chelsea membeli Lukaku.

Leave a Reply