RASMI: Borussia Dortmund Lengkapkan Perpindahan Thorgan Hazard Dan Julian Brandt

Borussia Dortmund bertindak aktif dalam jendela perpindahan kali ini apabila menyambar 2 pemain yang dikehendaki di pasaran perpindahan iaitu Thorgan Hazard dan juga Julian Brandt.

Majlis tandatangan kontrak baru sahaja disempurnakan. Dan kedua-dua pemain sudah diperkenalkan kepada media dengan jersi Borussia Dortmund.

Thorgan Hazard bermain sangat cemerlang bersama Borussia Mochengladbach dalam beberapa musim ini.

Sementara itu Julian Brandt antara bakat muda yang sangat menyinar bersama dengan Bayer Leverkusen. Ini selepas kebangkitan luar biasa Leverkusen pada separuh kedua kempen dan mara ke UCL musim hadapan.

Beberapa hari lalu Leverkusen menyatakan mereka mahukan pemain tersebut kekal. Namun nampaknya mereka terpaksa menerima kenyataan Julian Brandt akan bermain dengan jersi kuning.

Thorgan Hazard mysim ini menjaringkan 10 gol dalam kempen Bundesliga. Hazard menarik perhatian banyak kelab termasuk Arsenal dan Liverpool.

Sementara Julian Brandt awalnya dijangka akan menyertai Bayern Munich. Namun kelab gergasi Jerman itu menarik diri. Borussia Dortmund tetap mendapat persaingan daripada Atletico yang mahukan pemain tersebut.

Borrusia Dortmund mahu tampil sebagai pencabar kejuaraan sekali lagi pada musim hadapan.

Pengarah Borussia Dortmund, Michael Zorg berkata: “Kami sangat gembira apabila Thorgan Hazard memilih Borussia Dotrmund. Beliau ada pengalaman dalam Bundesliga dan juga peringkat antarabangsa dengan Belgium. Beliau akan memberikan kita tambahan dari segi kepantasan dan penyudah.”

“Julian Brandt ada banyak pengalaman, walaupun baru berusia 23 tahun, masih sangat muda sebagai pemain profesional. Beliau pemain muda yang berpotensi besar. Kami boleh gunakan beliau dalam beberapa situasi menyerang dan akan mengkayakan lagi permainan kami dari segi kreativiti.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN