Dari Shenzen Ke Milan, Huawei Berkembang Menjadi Rakan Global Kelab Bola Sepak Dunia

Mutakhir ini jenama telefon pintar dari China, Huawei menjadi sebutan di mana sahaja di seluruh dunia. Bukan sahaja ia menjadi trending di setiap rangkaian media sosial, Huawei juga menghiasai muka hadapan akhbar dan laporan berita di media massa.

Perkara tersebut terjadi selepas Amerika Syarikat bertindak memutuskan segala bentuk kerjasama dengan syarikat dari China itu, dua hari yang lalu. Antara komponen yang terjejas bagi pengguna telefon pintar jenama Huawei ialah perisian Google Android, perkhidmatan PlayStore dan aplikasi Google lain seperti Gmail, Google Drive dan lain-lain.

Sejarah Huawei

Huawei mulai wujud di pasaran China pada 1987, dan ditubuhkan oleh seorang bekas pegawai tentera, Ren Zhengfei di Shenzen. Pada peringkat awal, ia hanyalah sebuah syarikat yang memberikan khidmat konsultasi dan khidmat operasi kepada perusahaan-perusahaan di pedalaman dan luar China.

10 tahun kemudian, Huawei meluaskan skop perniagaan apabila syarikat itu mula bekerjasama dengan sebuah syarikat Hong Kon, Hutchison Whampoa untuk menghasilkan produk rangkaian talian tetap. Tidak berapa lama selepas itu, Huawei mulai menghasilan produk rangkaian tanpa wayar berdasarkan produk GSM, CDMA dan juga UMTS.

Antara kekuatan utama syarikat teknologi dari China ini ialah komitmen mereka dalam melakukan penyelidikan dan pembangunan demi kelangsungan syarikat. Bermula dengan pusat penyelidikan yang pertama di Bangalore, India, Huawei pada hari ini memiliki 141 pusat penyelidikan di seluruh dunia – meliputi 45% tenaga kerja syarikat – di seluruh dunia seperti Jerman, Sweden, UK, U.S., Perancis, Itali, Belgium, Finland, Ireland, dan Rusia. Secara keseluruhan, syarikat China ini memiliki 140,000 kakitangan di seluruh dunia.

Bermula dengan produk asas untuk pasaan di China, hari ini teknologi telefon pintar Huawei diperdagangkan di lebih 170 buah negara.

Huawei dan bola sepak

Sebagai sebuah jenama terkemuka – hanya didalam tempoh 30 tahun sejak penubuhan – Huawei tidak ketinggalan untuk menceburkan diri di dalam bidang sukan, termasuklah bola sepak.

Tampil sebagai penaja kelab-kelab bola sepak utama di Eropah, Asia, Afrika, Amerika dan Ocenia, strategi utama penajaan ialah untuk mencapai seramai mungkin pengguna atau pelanggan berpotensi untuk masa hadapan dari seluruh dunia – sekaligus memberikan keyakinan kepada bakal pengguna terhadap jenama Huawei.

Berikut adalah antara beberapa kelab utama dunia yang pernah menerima tajaan daripada syarikat gergasi telekomunikasi China ini:

Arsenal

Huawei memeterai kerjasama sebagai Arsenal untuk menjadi rakan telefon pintar rasmi kepada kelab London itu di peringkat Global pada Januari 2014.

Kerjasama tersebut membantu Arsenal memperluaskan lagi komunikasi digital bersama penyokong-penyokong mereka di China dan juga di seluruh dunia. Perjanjian selama dua tahun itu tamat pada penghujung 2015/16 yang lalu.

Paris Saint-Germain

Telefon pintar Huawei juga sebenarnya bukan jenama yang asing di Perancis, dan sudah bertapak di negara tersebut lebih 15 tahun yang lalu. Untuk mengukuhkan lagi jemana syarikat, Huawei melakukan kerjasama dengan jaguh Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG) pada 2014.

Kerjasama diantara Huawie dan PSG amat bersesuaian kerana dikatakan memiliki visi dan misi yang selari. Tatkala slogan PSG ‘Dream Bigger’ dengan deretan pemain bintang kelab itu untuk mengejar kejuaraan, Huawei pula memliki slogan ‘Make it Possible’, untuk mengigatkan setiap impian itu boleh menjadi nyata. Huawei dan PSG bekerjasama selama dua tahun.

Atletico de Madrid

Atletico de Madrid mungkin adalah kelab sukan paling lama pernah menjalinkan kerjasama dengan Huawei. Hubungan kedua-dua entiti bermula pada 2012 apabila syarikat dari China ini menjadi penaja kepada Atletico untuk perlawanan UEFA Super Cup pada 2012.

Dua tahun kemudian, kedua-duanya menyambung kerjasama dengan dua perjanjian. Perjanjian pertama dilakukan di China bertujuan untuk mengeratkan kerjasama diantara kedua-duanya. Beberapa bulan selepas itu, Huawei tampil sebagai penaja global bagi Atletico dalam perjanjian yang dimeterai di Madrid.

Galatasaray

Tumpuan Huawei bukan sekadar kepada liga utama utama di eropah seperti di England, Sepanyol, Itali, Jerman atau Perancis. Selain daripada lima negara tersebut, Huawei juga tampil sebagai penaja kepada Galatasaray di Turki.

Dalam misi serampang dua mata syarikat China itu, perjanjian bersama Galatasaray juga membenarkan mereka mempromosikan jenama kepada pengguna penyedia perkhidmatan telekomunikasi negara tersebut, Turk Telekom Arena.

Borussia Dortmund

Selepas muncul juara Bundesliga di bawah kendalian Jurgen Klopp pada musim 2011/12, Borussia Dortmund memeterai perjanjian bersama Huawei pada musim berikutnya.

Selain daripada pakej tajaan, kelab Jerman tersebut turut menerima teknologi infratruktur WLAN di keseluruhan Stadium Signal Iduna. Ia adalah projek jalur lebar tanpa wajar terbesar melibatkan stadium di Jerman pada ketika itu.

AC Milan

Tidak ketinggalan menerima tajaan dan menjadi rakan strategik Huawei ialah kelab Serie A Itali, AC Milan. Berpusat di San Siro, kelab bola sepak yang terkenal dengan kegemilangan era Arrigo Sacchi ini mula bekerjasama dengan Huawei pada Oktober 2013.

Selain daripada mengumumkan Huawei sebagai rakan global telekomunikasi kelab, kerjasama itu membenarkan AC Milan memperluaskan jenama mereka di pasaran China.

Penutup

Kelab-kelab bola sepak di atas adalah antara kelab yang pernah menjalinkan kerjasama dengan Huawei. Beberapa kelab lain seperti Ajax (Belanda), Benfica (Portugal), Santa Fe (Colombia) adalah antara beberapa kelab lain yang turut pernah menjalinkan kerjasama dengan syarikat gergasi telekomunikasi ini.

Tidak boleh dipastikan sejauh mana impak pengharaman oleh Amerika Syarikat terhadap Huawei pada masa terdekat. Demi bola sepak, sudah pasti kita mahu syarikat ini mampu meneruskan daya saing mereka di pasaran antarabangsa sepertimana sebelum ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN