Lionel Messi Jadi Pilihan Kylian Mbappe Raih Anugerah Ballon d’Or 2019

Mbappe

Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe percaya bahawa Lionel Messi bakal memenangi anugerah Ballon d’Or selepas menikmati musim cemerlang bersama Barcelona.

Walaupun gagal membantu Barcelona layak ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah, Mbappe tetap mempertahankan bintang Argentina itu dengan memuji sumbangan Messi pada musim ini.

Menurut sumber Goal, Lionel Messi berjaya menjaringkan 50 gol dan mencipta 22 bantuan jaringan pada 49 penampilan dalam semua pertandingan musim ini.

29 gol dan 10 bantuan jaringan daripada jumlah keseluruhan itu terhasil pada tahun 2019, dengan perlawanan akhir Copa del Rey masih menanti Messi.

Sehubungan itu, Mbappe dengan yakin menegaskan Messi adalah calon utama bagi meraih gelaran Ballon d’Or 2019 pada penghujung tahun ini.

EIBAR, SPAIN – MAY 19: Lionel Messi of FC Barcelona scores a goal against Marko Dmitrovic of Eibar during the La Liga match between SD Eibar and FC Barcelona at Ipurua Municipal Stadium on May 19, 2019 in Eibar, Spain. (Photo by Juan Manuel Serrano Arce/Getty Images)

”Calon utama untuk memenangi (Ballon d’Or) adalah Messi.”

”Tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara Eropah langsung tidak akan mengubah apa-apa, dia merupakan nombor satu dalam segala-galanya.”

”Dia telah menunjukkan pada tahun ini bahawa dia merupakan pemain terbaik dan walaupun tahun berjalan hingga Disember, saya tidak bimbang mengenainya, dia akan bermain sehingga Disember,” ujar Mbappe lagi.

Selepas membantu Barcelona meraih kejuaraan La Liga 2018/19, Lionel Messi menjadi sandaran utama buat The Blaugrana yang akan berdepan Valencia pada aksi final Copa del Rey, hujung minggu ini.

Di pentas antarabangsa pula, Messi dijangka akan mengetuai cabaran skuad Argentina bagi menghadapi Copa America di Brazil yang bermula 15 Jun.

Sementara itu, Kylia Mbappe sudah pasti menjadi buruan kelab gergasi Eropah yang ingin mendapatkan khidmatnya bagi menghadapi musim baharu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN