FIFA Gantung Semua Urusniaga Perpindahan Pemain Oleh Mino Raiola

Super ejen Mino Raiola telah digantung oleh FIFA, sekaligus bermak tidak dibenarkan terlibat dengan perpindahan pemain di mana-mana sahaja di seluruh dunia.

Raiola sebelum ini telah digantung selama tiga bulan untuk sebarang urusniaga melibatkan perpindahan pemain di Itali.

Tiada sebarang penjelasan dari Persatuan Bola Sepak Itali (FIGC) mengenai pergantungan terhadap Raiola.

Malah ejen tersebut dikatakan akan mencabar keputusan FIGC, dan memaklumkan kepada klien supaya tidak payah gusar dengan tindakan FIGC

Hukuman itu bagaimanapun diperluaskan oleh Jawatankuasa Disiplin FIFA ke setiap negara yang berdaftar dengan badan induk bola sepak dunia itu.

“Pengerusi Jawatankuasa Disiplin FIFA pada hari ini membuat kepitusan untuk memperluaskan hukuman oleh Persatuan Bola Sepak Itali (FIGC) kepada Carmine dan Vincenzo Raiola ke seluruh dunia. Carmine Raiola akan digantung selama tiga bulan, manakala Vincenzo Raiola selama dua bulan,” ujar kenyataan dari FIFA pada hari ini.

“Keputusan oleh FIFA ini telah dimaklumkan pada hari ini dan akan berkuatkuasa serta merta.”

Antara pemain yang berada di bawah kendalian Raiola adalah Paul Pogba, Matthijs de Ligt dan juga Hirving Lozano.

Berdasarkan tempoh hukuman, Raiola hanya dibenarkan untuk kembali aktif seperti biasa sehari selepas jendela perpindahan di England ditutup.

Tidak dapat dipastikan sejauh mana pergantungan terhadap Raiola akan menjejaskan perpindahan pemain-pemain yang berada di bawah selian agensi beliau setakat ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN