Pengurus Arsenal, Unai Emery meminta para pemainnya untuk tidak tunduk kepada tekanan dan cabaran yang bakal mereka hadapi ketika di berhadapan Valencia.
Arsenal membawa bekalan agregat 3-1 daripada perlawanan pertama. Mereka akan berhadapan dengan Valencia di Mestalla.
Arsenal memandang serius kejuaraan UEL kerana mereka mahu mara ke UCL musim hadapan dengan tiket juara UEL. Unai Emery pernah mengendalikan Valencia selama 4 musim.
Unai Emery berkata: “Kalau boleh, saya mahukan perlawanan akhir menentang Valencia.”
“Ianya satu kepulangan yang istimewa untuk kembali ke sini. Saya banyak kali kembali ke sini, dan ianya tetap ada perasaan istimewa.”
“Esok saya ada 90 minit untuk dengan pasukan saya [Arsenal]. Saya berjuang untuk pasukan saya Arsenal. Saya bekerja untuk pasukan saya. Untuk pasukan Arsenal, saya tahu bermain di tempat ini akan menjadi sangat sukar. Dan saya tahu kelab ini penuh dengan sejarah gemilang.”
“Pertarungan yang pasti sukar dan kami mahu bermain perlawanan ini [sebaik mungkin] untuk memanfaatkan peluang mara ke final.”
“Saya mahu pemain saya menikmati perlawanan ini, kekal fokus, ambil positif, dan juga memikirkan bahawa kami bermain bersama-sama dengan penyokong kami.”
“Saya pertama kali merasai kejohanan ini bersama Valencia, ketika itu digelar Uefa Cup. Ketika itu saya merasakan Uefa Cup tidak sepenting hari ini. Kejohanan ini sudah berkembang. Piala ini menjadi sangat penting untuk pasukan yang kehilangan tempat UCL [dalam slot liga] dan mahu mara ke UCL pada musim berikutnya.”
“Ini adalah piala yang semua orang mahu menangi. Bagi saya, diberikan peluang kedua untuk mara ke UCL dengan status juara UEL adalah adil. Pertama kali saya menang UEL dengan Sevilla, kami tidak dapat akses ke UCL. Namun pada kali kedua, barulah kami dapat mara ke UCL.”