Previu MSL 2019: Misi Balas Dendam Terengganu FC Jadi Ancaman Terbesar PKNP FC

PKNP

Kelab Bolasepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) bakal menanti cabaran hebat Terengganu FC malam ini pada aksi ke-12 saingan Liga Super Malaysia 2019 di Stadium Majlis Perbandaran Manjung.

Perlawanan pertama melibatkan kedua-dua pasukan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah menyaksikan PKNP FC mencatatkan kemenangan 2-1 menerusi dua jaringan Giancarlo Lopes Rodrigues dan Ahmad Syamim Yahya pula menyumbang gol saguhati buat tuan rumah.

Prestasi semasa

PKNP FC kini berada ditangga ke-9 liga selepas mengumpul 10 mata manakala Terengganu FC menghuni tangga ke-7 dengan 15 mata.

Melihatkan kepada lima aksi terakhir dalam kempen Liga Super, PKNP FC dilihat mempunyai sedikit kelebihan dengan tiga kemenangan dan dua kekalahan berbanding Terengganu yang memenangi dua aksi serta tewas tiga perlawanan.

Namun, Terengganu meraih kemenangan pada dua perlawanan terakhir menentang Felda United dan Petaling Jaya City.

Nasib berbeza buat PKNP FC yang tewas dua perlawanan terakhir bertemu Selangor (1-2) dan Perak (0-4).

Rekod pertemuan

PKNP FC memiliki rekod yang lebih baik pada lima pertemuan kedua-dua pasukan sejak tahun 2017 dengan empat kemenangan dan satu kekalahan dicatatkan.

Pada saingan Liga Premier 2017, PKNP FC berjaya mencatatkan kemenangan 4-2 di Kuala Terengganu dan 3-1 di Stadium Perak, Ipoh.

Musim lalu, PKNP FC mencipta kemenangan 2-1 di Ipoh manakala skuad ‘Penyu’ membalas dendam di atas kekalahan tersebut juga menerusi kemenangan 2-1 di laman sendiri.

Seperti yang telah dinyatakan pada awal tadi, dua gol dihasilkan Giancarlo Lopes membantu PKNP FC menundukkan Terengganu FC 2-1 pada April lalu.

Giancarlo Lopes Rodrigues vs Tchetche  Kipre

Kelibat dua penyerang ini pasti akan menjelmakan kesukaran buat jentera pertahanan lawan masing-masing.

Kelebihan fizikal Giancarlo yang sudah meledakkan empat jaringan (bersama PKNP FC) dalam kempen liga setakat ini menjadi tunjang kepada kekuatan bahagian serangan tuan rumah untuk memburu jaringan.

Giancarlo Lopes Rodrigues tonggak utama jentera serangan PKNP FC.

Sokongan yang diberikan Yashir Armando Pinto, Thomas Abbey dan Mohamad Hafiz Ramdan mampu menghasilkan sesuatu yang positif buat PKNP FC.

Berkat kesabaran Terengganu FC dan Irfan Bakti yang masih meletakkan kepercayaan terhadap Tchetche Kipre kini semakin menampakkan hasilnya.

Tchetche Kipre kembali temui sentuhan jaringan.

Kipre telah berjaya mencipta lima jaringan pada empat aksi terakhir termasuklah tiga gol daripadanya dalam saingan Liga Super ketika menentang Felda United dan PJ City FC.

Dengan bisa penyudah yang telah ditemui Kipre, ia jelas bukan satu berita yang enak buat PKNP FC malam ini.

Ramalan Semuanya BOLA

Sekiranya melihatkan kepada aksi pertama di Kuala Terengganu bulan lalu, kemenangan diraih PKNP FC adalah berbekalkan kekentalan jentera pertahanan yang berjaya mengekalkan kelebihan satu gol hingga tamat permainan.

Ia memberi gambaran jelas, aksi pada malam ini juga akan berlangsung dengan cukup mendebarkan.

Semangat juang tinggi dipamerkan anak buah Abu Bakar Fadzim sememangnya tidak boleh dipandang rendah Terengganu FC.

Namun, berada di mood terbaik selepas mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut termasuk meleburkan rekod tanpa kalah Pahang menjadi azimat buat Terengganu FC untuk pulang gembira dengan tiga mata sekaligus membalas dendam atas kekalahan di Kuala Terengganu.

#FMONIFLIX

Bagi yang tidak berkesempatan untuk turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium, usah risau.

Hasil kerjasama Semuanya BOLA dengan iflix, anda kini boleh menyaksikan perlawanan unifi Liga Super Malaysia ini secara PERCUMA tanpa daftar atau muat turun. Anda hanya perlu klik #FMONIFLIX untuk mengikuti perlawanan ini.

Siaran langsung akan dibawa kepada anda 30 minit sebelum sepak mula. Anda juga boleh layan previu-previu menarik sebelum perlawanan bermula. Terus setia bersama kami di Semuanya BOLA!

Kredit foto: PKNP FC & Terengganu Football Club

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN