Ini sudah kali ke berapa Arsenal melepaskan peluang untuk berada dalam 4 teratas.
Dalam aksi di Stadium Kingpower, Arsenal ditewaskan Leicester dengan jaringan 3-0. Jamie Vardy terus menghantui Arsenal dengan 2 gol dalam perlawanan ini.
Leicester ternyata pasukan yang lebih baik dalam perlawanan ini. Mereka melakukan 24 percubaan ke arah gol Arsenal berbanding hanya 6 oleh Arsenal. Leicester menguasai hampir 70% perlawanan ini.
Arsenal bermula dengan sukar dan lebih sukar apabila Maitland Niles dibuang padang sebelum rehat separuh masa pertama. Niles menerima kad kuning kedua kerana kekasaran ke atas Maddison.
Ainsley Maitland-Niles red card gives Foxes advantage.
📺 Watch now on Sky Sports PL or follow online here: https://t.co/VfjMH8nLJT pic.twitter.com/n0LsVmGPbz
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) April 28, 2019
Arsenal juga boleh dikira bernasib baik pada separuh masa pertama selepas aksi cemerlang Leno menafikan pasukan tuan rumah daripada mendapatkan gol.
Pada separuh masa kedua, Arsenal ketinggalan pada minit ke-59 selepas Youri Tielemans yang tak dikawal menerima hantaran James Maddison. Tielemans menyempurnakan peluang yang beliau miliki.
Pada minit ke-86, Jamie Vardy melepasi kawalan Koscielny yang ‘miss kick’ ketika cuba menghalang hantaran Kasper Schmeichel. Vardy menyungkit melepasi Leno – bola terkena palang. Vardy kemudian menanduk masuk bola yang melantun semula.
Ketika perlawanan seakan-akan berakhir 2-0, Vardy menambah 1 lagi gol ke atas pasukan yang beliau ‘gemari’ untuk tentang. Vardy melakukan tap-in mudah selepas pertahanan Arsenal hilang fokus.
Jamie Vardy has now scored more Premier League goals against Arsenal (8) than any other club in his career.
Lionel Messi has nine. 😉 pic.twitter.com/3fBbgHxLD0
— Squawka (@Squawka) April 28, 2019
Ini merupakan kekalahan ke-3 berturut-turut Arsenal dalam liga. Kini mereka 1 mata di belakang Chelsea yang akan turun selepas ini.
Keputusan ini juga menyukarkan Arsenal dalam usaha mahu mengejar 4 teratas. Mereka mungkin akan fokus lebih serius kepada UEL untuk dijadikan laluan ke UCL.
Arsenal records set today:
Arsenal had their lowest amount of possession in a PL match ever (33%).
Arsenal have lost their first ever midday PL kick-off.
Arsenal have now conceded more goals (34) away from home than in any of their previous PL campaigns. pic.twitter.com/zWB2VNVtTj
— AFCnewsroom (@TheAFCnewsroom) April 28, 2019