Selepas Raul Tarragona, Giliran Mustafa Zazai Pula Tinggalkan Kelantan

Liga Malaysia

Media tempatan semalam mendedahkan pemain Import Kelantan dari Afghanistan iaitu Mustafa Zazai bakal meninggalkan skuad The Red Warriors pada perpindahan kedua Liga Malaysia bermula 2 Mei depan.

Beliau adalah pemain import kedua yang meninggalkan pasukan tersebut selepas pemain dari Uruguay, Raul Tarragona membuat keputusan untuk menamatkan kontrak dengan Kelantan pada bulan lepas.

Menurut sumber daripada Berita Harian, Mustafa sudah mengadakan perbincangan bersama Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan dan kedua-dua pihak sudah mencapai kata putus.

“Ya memang Mustafa bakal berhijrah pada perpindahan nanti dan persetujuan sudah dibuat, cuma hanya menunggu masa saja. Ada beberapa faktor menyebabkan Mustafa ingin keluar dari pasukan ini dan kenyataan yang dikeluarkan pengurus pasukan mungkin menjadi antara faktor.

“Betul juga tindakan Mustafa untuk apa terus bersama jika pasukan sudah tidak memerlukannnya. Sebagai seorang pemain, dia perlu rasa dihargai,” kata sumber berkenaan.

FOTO: Kelantan FA

Pemergian Mustafa mempunyai kaitan dengan kenyataan daripada pengurus pasukan dan juga ketua jurulatih, Yusri Che Lah yang menyifatkan Mustafa Zazai tidak mempunyai kualiti sebagai pemain import.

Dia melontarkan pandangan itu selepas aksi buruk Zazai dan keseluruhan pasukan Kelantan ketika dimalukan oleh Negeri Sembilan dengan jaringan 2-5 di Kota Bharu, pada Sabtu lepas.

“Saya hairan kenapa Mustapa Zazai berada dalam pasukan Kelantan. Saya perlu mengatakan perkara ini kerana dia tidak mempunyai kualiti sebagai pemain import yang bersesuaian kerana Kelantan sinonim dengan kejayaan.

“Saya harap dia berubah dalam satu atau dua perlawanan sebelum jendela perpindahan kedua bermula kerana saya perlu menggantikan pemain import yang boleh membantu pasukan,” ujarnya selepas perlawanan.

Sebelum ini, beberapa pemain dan jurulatih pasukan tersebut sudah angkat kaki antaranya Ketua Jurulatih, Marko Kraljevic dan pemain tengah, Mohd Badhri Radzi. Dijangka lebih ramai lagi pemain Kelantan akan keluar terutamanya bintang tengah skuad kebangsaan, Nik Akif Syahiran.

Mustafa yang juga pemain skuad kebangsaan Afghanistan turut mengesahkan beliau akan berhijrah menyertai pasukan lain dan proses perpindahannya sedang diuruskan oleh ejennya.

“Ya (akan pindah), saya tidak mahu komen pasal ini dan ejen saya akan menguruskan semuanya bersama pihak pengurusan.

“Setakat ini, saya masih turun latihan walaupun tahu saya tidak disukai…bagi hari mendatang saya tidak tahu bagaimana,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN