Previu MSL 2019: The Fighters, Melaka United Cari Motivasi Buru Tiga Mata

Stadium Tun Abdul Razak, Jengka turut akan menjadi salah sebuah lokasi tumpuan pada malam ini untuk minggu ke-11 saingan Liga Super Malaysia pada musim ini.

Melaka United kini menduduki tangga ke-5 liga, selepas merekodkan empat menang dan dua seri dari 10 perlawanan lalu. Tuan rumah, Felda United pula kini berada di kedudukan tercorot liga setelah hanya mampu mengutip 7 mata hasil satu kemenangan dan empat seri.

Felda United cemas

Berada di kedudukan tercorot bukan sesuatu yang diinginkan oleh anak buah Nidzam Jamil, apatah lagi setelah mereka mampu menampilkan prestasi baik dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

Antara perkara yang menghantui skuad The Fighters sehingga terpaksa menggigit jari dalam beberapa perlawanan lalu ialah kegagalan mengekalkan fokus sehingga menyebabkan kecuaian yang dihukum lawan untuk tempoh penuh 90 minit perlawanan.

Ketua jurulatih FELDA United, Nidzam Jamil. FOTO: FELDA United

Kedudukan terkini pasukan yang terperosok di dasar liga tatkala separuh daripada saingan musim ini bakal berlalu pasti sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada Nidzam dan barisan pemain sedia ada untuk menampilkan aksi mantap untuk memburu mata.

Melaka United perlu konsisten

Di atas kertas, Melaka United memiliki antara barisan pemain terbaik di kalangan pasukan yang bersaing di Liga Super pada musim ini – setelah berjaya membawa masuk beberapa pemain berpengalaman dan import yang sudah terbukti bisanya di saingan Liga Malaysia.

Namun demikian, anak buah Zainal Abidin Hassan ini seakan-akan tercari-cari formula terbaik dan keserasian sehingga merencatkan prestasi mereka di atas padang dalam beberapa perlawanan.

Kemenangan 1-0 ke atas Kedah dalam perlawanan lalu bagaimana pun harus dijadikan tonik terbaik buat skuad negeri Hang Tuah sekiranya mahu kekal sebagai antara kelompok atasan liga pada musim ini.

Perancangan pasukan

Perlawanan ini akan menguju sejauh mana kekuatan skuad The Fighters, apatah lagi selepas Nidzam mengesahkan Hadin Azman belum cergas sepenuhnya untuk perlawanan ini. Menjaringkan beberapa gol penting untuk Felda pada musim ini, ketiadaan kapten pasukan ini sedikit sebanyak akan dirasai oleh rakan sepasukan yang lain untuk perlawanan ini.

Walaupun lega setelah penyerang import, Casagrande menemui sentuhan jaringan dalam perlawanan yang lalu, ketiadaan pemain tengah, Liridon Krasniqi sedikit sebanyak merisaukan Zainal Abidin Hassan. Tanpa pemain import itu, Melaka sudah tewas empat daripada enam perlawanan sebelum ini.

Rekod pertemuan

  • 15.09.2018 Melaka 6-1 FELDA United Piala Malaysia
  • 05.082018 FELDA United 0-0 Melaka Piala Malaysia
  • 24.05.2017 FELDA United 3-0 Melaka Liga Super
  • 15.04.2017 Melaka 1-1 FELDA United Liga Super
  • 09.08.2016 FELDA United 2-1 Melaka Piala Malaysia

Ramalan Semuanya BOLA

Siapakah yang lebih memerlukan kemenangan? Siapa yang lebih dahagakan kemenangan? Ia adalah dua soalan berbeza – namun ia penting untuk menentukan siapakah yang akan mendabik dada selepas tamat 90 minit perlawanan.

Sukar meramalkan pemenang pada malam ini. Namun kami yakin, siapa diantara dua pasukan yang lebih bermotivasi pasti akan mampu menamatkan perlawanan ini dengan tiga mata berharga untuk memperbaiki kedudukan masing-masing.

#FMONIFLIX

Bagi yang tidak berkesempatan untuk turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium, usah risau.

Hasil kerjasama Semuanya BOLA dengan iflix, anda kini boleh menyaksikan perlawanan unifi Liga Super Malaysia ini secara PERCUMA tanpa daftar atau muat turun. Anda hanya perlu klik #FMONIFLIX untuk mengikuti perlawanan ini.

Siaran langsung akan dibawa kepada anda 30 minit sebelum sepak mula. Anda juga boleh layan previu-previu menarik sebelum perlawanan bermula. Terus setia bersama kami di Semuanya BOLA!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN