Ketiadaan Liridon Krasniqi Amat Dirasai Oleh Skuad Melaka United

Pengurus skuad Melaka United, Datuk Yusoff Mahadi mengesahkan pemain tengah import pasukan itu, Liridon Krasniqi menangguhkan kepulangannya ke negeri itu kerana masih menjalani rawatan pemulihan kecederaan paha.

Bercakap dalam Harian Metro, Yusoff berkata pemain dari Kosovo itu sepatutnya menyertai sesi latihan pasukan semalam dan dijangka beraksi menentang bekas pasukannya Kedah di Stadium Hang Jebat, Ahad ini namun kelibatnya masih tidak kelihatan.

Difahamkan Liridon atau disapa sebagai ‘Mat Don’ memaklumkan kepada barisan jurulatih mengenai berita itu namun tidak menyatakan tarikh tepat bila dia akan kembali memperkuatkan skuad Hang Tuah itu.

“Apa pun kami masih sabar menanti. Bila itu tidak pasti. Apa pun kami belum cemas dengan berita ini dan mengharapkan pemain lain mampu terus memberi persembahan terbaik dalam memenuhi misi perjuangan mengatasi Helang Merah.

“Sememangnya kami agak merasai ketiadaannya sejak empat perlawanan lalu hingga prestasi pasukan kelihatan merudum seolah-olah khidmatnya terlalu diperlukan,” katanya.

Gambar: Melaka United

Ketiadaan Liridon di bahagian tengah jelas dirasai selepas pasukan itu gagal mencatat sebarang kemenangan dalam lima perlawanan berturut-turut. Terbaharu, skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan itu tewas 0-1 kepada PKNP FC  dalam saingan Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Manjung hasil jaringan sendiri Ahmad Khuzaimi Piee.

Malah, mereka turut tersingkir daripada saingan Piala FA selepas tewas 2-3 kepada PKNS dan 3-4 kepada Selangor dalam perlawanan Liga Super di hadapan penyokong sendiri.

Situasi itu mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokong mereka sehingga terdapat spekulasi yang mengaitkan masalah dalaman sebagai punca utama kemerosotan prestasi pemain Melaka United.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN