MSL 2019: Perak Kekalkan Status ‘Pakar Seri’, Diikat PKNS FC 2-2

Seri

Perak mencatatkan keputusan seri kelima dalam saingan Liga Super Malaysia 2019 selepas terikat 2-2 menentang Kelab Bolasepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) di Stadium Perak, Ipoh sebentar tadi.

Seperti dijangka perlawanan pada malam ini berlangsung dengan rancak apabila kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan menyerang sejak dari awal permainan.

PKNS FC  menguji gawang tuan rumah pada seawal minit ke-6 menerusi Chan Vathanaka setelah pemain skuad kebangsaan Kemboja itu mengawal bola dengan baik dalam kawasan penalti Perak.

Rembatan yang dilepaskannya itu bagaimanapun berjaya dinafikan penjaga gol, Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy.

Hafizul Hakim terus bertindak cemerlang apabila beliau mengambil langkah berani keluar jauh daripada posisinya untuk menghalang percuban Kpah Sherman dalam situasi satu lawan satu pada minit ke-10.

Skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-22 menerusi pemain import Argentina, Gabriel Guerra.

Guerra yang tidak dikawal pertahanan dengan mudah menanduk masuk bola hasil hantaran lintang dilakukan Kpah Sherman di sebelah kiri pintu gol.

Sepakan percuma cantik dilakukan Nazirul Naim Che Hashim berselang dua minit kemudian hampir menjerat Muhammad Zarif Irfan Hashimuddin tetapi penjaga gol berusia 24 tahun itu lebih bersedia menepis keluar percubaan tersebut.

Ketinggalan satu gol nyata menyemarakkan semangat anak buah Mehmed Durakovic bagi melancarkan serangan bertubi-tubi ke pintu gol PKNS FC.

Leandro Dos Santos hampir kembali mengikat kedudukan hasil ledakan dari jarak jauh dilepaskannya, namun rembatan menarik itu sekadar singgah di palang gol PKNS FC pada minit ke-26.

Jaringan yang diharapkan penyokong setia tuan rumah akhirnya menjelma pada minit ke-39 menerusi Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi.

Shahrel yang bergandingan baik dengan Wander Luiz Bitencourt Junior meluru pantas ke arah pintu gol sekaligus melakukan percubaan ‘outside foot’ untuk kembali menyamakan kedudukan.

Aksi bersambung menyaksikan Gilmar Jose Da Silva Filho meletakkan Perak di hadapan pada minit ke-52 menerusi tandukan hasil sepakan sudut diambil Wander Luiz.

Namun, kelebihan tuan rumah itu hanya bertahan empat minit apabila Romel Oswaldo Morales memadam kelebihan tersebut ketika beliau tidak dikawal pertahanan Perak.

Jaringan yang mirip gol pertama PKNS FC itu turut berpunca daripada hantaran lintang dilakukan Sherman.

Perlawanan semakin hangat apabila para pemain Perak mendakwa percubaan susulan Shahrel Fikri pada minit ke-84 sudah melepasi garisan gol, namun pengadil perlawanan, Suhaizi Shukri tidak mengendahkan permintaan tersebut.

Keputusan 2-2 kekal hingga tamat permainan untuk kedua-dua pasukan berpuas hati dengan satu mata.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN