Gennaro Gattuso Akui Anak Buahnya Lesu Ketika Seri Menentang Udinese

Gattuso

AC Milan terus kempunan tiga mata kemenangan selepas terikat 1-1 dengan Udinese dalam aksi ke-30 saingan Serie A, kelmarin.

Perlawanan yang berlangsung di San Siro itu menyaksikan tuan rumah terlebih dahulu membuka gol pembukaan menerusi jaringan Krzysztof Piatek pada minit ke-44.

MILAN, ITALY – APRIL 02: Patrick Cutrone (C) of AC Milan celebrates his team-mates goal during the Serie A match between AC Milan and Udinese at Stadio Giuseppe Meazza on April 2, 2019 in Milan, Italy. (Photo by Marco Luzzani/Getty Images)

Hasrat AC Milan untuk mengutip tiga mata berharga musnah selepas kelekaan benteng pertahanan membolehkan Udinese pantas menghukum tuan rumah menerusi jaringan Kevin Lasagna di minit ke-64.

Pemain letih

Keputusan seri tersebut memberi tamparan hebat buat pasukan, khususnya pengendali AC Milan, Gennaro Gattuso yang sebelum ini berjanji akan berusaha memperbaiki reputasi gergasi bola sepak Itali tersebut.

Kecewa dengan keputusan seri itu, Gattuso berkata, dia kecewa pasukan bimbi­ngannya gagal mencipta kemenangan di laman sendiri berdepan pasukan ditangga ke-16 liga.

“Kami kelihatan sangat letih dari segi fizikal hari ini (kelmarin), terutama selepas berjaya menjaringkan gol.”

MILAN, ITALY – APRIL 02: Rodrigo Javier De Paul of Udinese competes for the ball with Tiemoue Bakayoko of AC Milan during the Serie A match between AC Milan and Udinese at Stadio Giuseppe Meazza on April 2, 2019 in Milan, Italy. (Photo by Marco Luzzani/Getty Images)

“Masalah pertama adalah soal tenaga, kerana hari ini kami bermain lesu buat kali pertama.

Kami tidak menutup ruang dengan kadar yang betul, dengan tenaga yang betul, Udinese membawa kami dengan kelajuan.”

Beliau menekankan bahawa apabila situasi tidak memihak pasukannya, ia seolah-seolah rasa seperti bola ‘mempunyai berat 120 kg’.

“Kami mengetahui punca, kami tenang dan ketika kami cemerlang bola itu mencapai berat 120 kilogram.”

Tambahnya lagi, “Apabila saya mengatakan bahawa ia mengambil masa untuk mencuba sesuatu, hari ini kita cuba kerana kita terpaksa menang.”

Pemain pula cedera

Selain faktor keletihan, Gattuso turut runsing apabila beberapa pemain utamanya mengalami kecederaan selepas perlawanan bertemu Udinese.

“Lucas [Paqueta] mengalami kecederaan di dalam pergelangan kaki dan jelas kelihatan walaupun dilihat dari luar.”

MILAN, ITALY – APRIL 02: Lucas Paqueta of AC Milan walks off with an injury during the Serie A match between AC Milan and Udinese at Stadio Giuseppe Meazza on April 2, 2019 in Milan, Italy. (Photo by Marco Luzzani/Getty Images)

“Suso pula masih mengalami masalah dengan kakinya semalam dan pagi ini, jadi dia tidak boleh turun berlatih, tetapi kami berharap dapat mengunakannya ketika berdepan katanya.

Mengenai status kecederaan penjaga gol, Gianluigi [Donnarumma], Gattuso berkata, “Kami juga akan memantau dari semasa ke semasa mengenai keadaan Donnarumma.”

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN