MFL Pinda Peraturan Kuota Penggunaan Pemain Import Bagi Saingan Piala

MFL

Ahli Lembaga Pengarah Malaysian Football League (MFL) menerusi satu mesyuarat pada 15 Mac 2019 telah meminda peraturan pemain asing beraksi di atas padang ketika melibatkan pertemuan pasukan Liga Super, Liga Premier dan Liga M3 dalam kejohanan berformatkan piala pada musim 2019.

Tahun lalu, peraturan pertandingan iaitu seramai empat pemain asing sahaja dibenarkan ketika pasukan Liga Super bertemu wakil divisyen sama mahupun bertemu skuad dari Liga Premier dalam kejohanan berformatkan piala seperti Piala Malaysia, Piala FA atau Piala Sumbangsih.

Musim ini MFL telah bersetuju untuk meminda peraturan tersebut di mana pasukan Liga Super yang bertemu pasukan Liga Super dibenarkan menggunakan lima pemain asing beraksi di atas padang serta penggunaan empat pemain asing dan seorang pemain asing di bangku simpanan diperkenalkan ketika mereka bertemu pasukan dari Liga Premier atau Liga M3 pada musim ini.

Manakala peraturan pertandingan melibatkan pasukan Liga Premier bertemu pasukan Amatur, pasukan Liga Premier dibenarkan menyenaraikan empat pemain asing manakala pasukan amatur Liga M3 dibenarkan dua orang pemain asing sahaja.

Dalam perkembangan lain, Ahli Lembaga Pengarah MFL turut memperkenalkan peraturan baharu di mana tarikh pendaftaran pemain dilanjutkan selama 30 hari jika pasukan mereka dibatalkan pendaftaran oleh MFL.

Manakala peraturan pertandingan melibatkan pasukan yang terikat mata sama semasa kejohanan, penentuan juara akan ditentukan berdasarkan turutan perbezaan gol, jumlah jaringan dan rekod pertemuan tetapi peraturan ‘fair play’ tidak lagi digunakan.

Jika pasukan itu masih terikat sama mata selepas mengambil kira rekod pertemuan (head to head), Ahli Lembaga Pengarah MFL bakal memutuskan mekanisme bagi memutuskan pasukan pemenang.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah MFL memperkenalkan peraturan baharu dengan dua slot pasukan Liga M3 untuk dinaikkan ke Liga Premier akan ditentukan menerusi perlawanan ‘play-off’.

Pasukan berada di tangga ke-11 Liga Premier akan menentang juara Piala FAM manakala pasukan di kedudukan ke-12 Liga Premier akan bertemu juara Liga M3.

Jika juara Piala FAM dan juara Liga M3 adalah pasukan yang sama maka slot pasukan yang akan bertemu pasukan ke-11 Liga Premier itu akan diisi oleh naib juara Liga M3.

Slot ‘play off’ bagi juara Piala FAM hanya terbuka kepada Piala FAM jika pertandingan tersebut melibatkan pasukan dari Liga M3 dan jika pertandingan Piala FAM melibatkan pasukan selain dari Liga M3 maka slot ‘play off’ akan diisi oleh naib juara M3.

Bagaimanapun, syarat untuk dinaikkan ke Liga Premier turut mengambil kira status pasukan tersebut sama ada benar-benar layak daripada sudut kewangan, pengurusan dan sebagainya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN