Previu MSL 2019: Melaka Siap Siaga Hadapi Cabaran Perak

Melaka

Selepas berehat panjang bagi memberikan laluan kepada aksi antarabangsa, Melaka bakal melayani kunjungan Perak pada aksi ke-7 saingan Liga Super Malaysia (MSL) 2019 di Stadium Hang Jebat, malam ini.

Melaka bermula cemerlang dengan dua kemenangan yang dicipta, namun empat perlawanan seterusnya menyaksikan skuad Hang Tuah hanya mampu meraih satu kemenangan, satu keputusan seri dan dua kekalahan.

Kem Perak pula masih tercari-cari ramuan terbaik walaupun berjaya mencatatkan kemenangan sulung pada aksi bertemu Petaling Jaya City FC, aksi terakhir sebelum saingan liga berhenti seketika.

Melaka

Skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan itu perlu melupakan episod duka kekalahan 0-3 bertemu Terengganu FC dan perlawanan menentang Perak di laman sendiri ini seharusnya menjadi landasan terbaik buat Melaka untuk kembali mencipta kemenangan.

Rekod di tempat sendiri dengan dua kemenangan serta satu keputusan seri yang dicatatkan juga menjadi petunjuk jelas bahawa Melaka tidak mudah untuk dikalahkan di Paya Rumput.

Selepas mengharungi enam perlawanan, Melaka berjaya menghasilkan tujuh gol dan pintu gol pasukan tersebut turut dibolosi tujuh jaringan.

Perak

Perak yang hanya membawa masuk Zac Anderson dan Shahrel Fikri Md Fauzi sebagai nafas baharu buat pasukan pada musim ini, masih memperagakan aksi ‘biasa-biasa sahaja’ selepas mengharungi enam perlawanan liga.

Jentera serangan dilihat sebagai aspek yang perlu mendapat tumpuan khusus Mehmed Durakovic selepas Perak hanya mencipta empat jaringan setakat ini, yang mana dua daripada jaringan tersebut dihasilkan menerusi sepakan penalti.

Namun, Melaka perlu berhati-hati kerana Perak adalah merupakan antara pasukan yang mampu untuk beraksi dengan cukup baik di laman lawan.

Safiq Rahim & Gilmar Jose Da Silva Filho

Jeneral tengah kreatif, Safiq Rahim menjadi sandaran utama buat tuan rumah dalam memainkan peranan penting bagi membuka ruang buat rakan sepasukan di jentera serangan untuk merobek gawang Perak.

Ketiadaan Liridon Krasniqi akibat kecederaan juga dapat memberikan ruang yang cukup luas buat Safiq untuk merencana gerakan serangan buat Melaka.

Gilmar yang sekadar menjaringkan satu gol dalam saingan liga musim ini menerusi sepakan penalti ketika bertemu Felda United dilihat sebagai ancaman besar buat Melaka selain daripada Firdaus Saiyadi.

Dua jaringan yang dihasilkan pada perlawanan persahabatan tertutup ketika bertemu Pulau Pinang tempoh hari wajar menjadi tonik berguna buat pemain kelahiran Brazil itu untuk membuktikan kualiti penyudah dimilikinya.

Gilmar perlu segera membalas kritikan para peminat yang sudah mula dilemparkan terhadapnya.

Rekod & Statistik 5 Perlawanan Terakhir MSL

Melaka (M-S-K-M-K)

  • Menang 1-0 v PKNS (A)
  • Seri 1-1 v Pahang (H)
  • Kalah 1-2 v JDT (A)
  • Menang 2-0 v Kuala Lumpur (H)
  • Kalah 0-3 v Terengganu FC (A)

Perak (K-S-S-S-M)

  • Kalah 0-1 v JDT (A)
  • Seri 1-1 v Kedah (H)
  • Seri 1-1 v Felda United (H)
  • Seri 1-1 v Terengganu (A)
  • Menang 1-0 v PJ City FC (H)

Ramalan Semuanya BOLA

Kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan masing-masing dimana Melaka dilihat lebih berkesan di bahagian serangan manakala Perak pula kental di jentera pertahanan hasil kombinasi Shahrul Mohd Saad, Zac Anderson, Nazirul Naim Che Hashim dan Amirul Azhan Aznan.

Kecekapan dua penjaga gol skuad kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat dan Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy juga akan memainkan peranan penting bagi menentukan pemenang pada perlawanan ini.

Melaka atau Perak, pasukan manakah jadi pilihan anda?

#FMONIFLIX

Bagi yang tidak berkesempatan untuk turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium, usah risau.

Hasil kerjasama Semuanya BOLA dengan iflix, anda kini boleh menyaksikan perlawanan unifi Liga Super Malaysia ini secara PERCUMA tanpa daftar atau muat turun.

 

Anda hanya perlu klik #FMONIFLIX untuk mengikuti perlawanan ini.

Siaran langsung akan dibawa kepada anda 30 minit sebelum sepak mula. Anda juga boleh layan previu-previu menarik sebelum perlawanan bermula. Terus setia bersama kami di Semuanya BOLA!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN