Piala Juara-Juara Antarabangsa 2019: Manchester United & Juventus Bakal ‘Gegarkan’ Singapura

Empat kelab terkemuka dunia dari England dan Itali, Manchester United, Tottenham Hotspur, Juventus dan Inter Milan bakal mencuri tumpuan peminat bola sepak di Asia Tenggara selepas diumumkan akan menyertai Piala Juara-Juara Antarabangsa Singapura 2019 (ICC 2019).

Kehadiran keempat-empat pasukan tersebut diumumkan oleh pemilik dan pengendali Piala Juara-Juara Antarabangsa, Relevent Sports Group dalam satu majlis yang diadakan di Singapura, siang tadi.

Kejohanan yang akan memasuki edisi ketiga berlangsung di Singapura itu bakal menggunakan format baharu iaitu hanya dua perlawanan melibatkan keempat-empat pasukan dan dijadualkan berlangsung pada 20 dan 21 Julai nanti di Stadium Nasional, Singapura.

Inter Milan dijadualkan bertemu Manchester United pada 20 Julai manakala sehari kemudian, Juventus pula bakal berdepan Tottenham Hotspur.

Kedua-dua perlawanan bermula pada jam 7.30 malam.

Kehadiran legenda

Relevent Sports Group juga turut mendatangkan empat orang legenda mewakili pasukan bertanding dalam memeriahkan lagi majlis yang berlangsung di The Incubator itu.

Legenda yang dimaksudkan ialah Dwight Yorke (Manchester United), Fabrizio Ravanelli (Juventus), Teddy Sheringham (Tottenham Hotspur) dan Francesco Toldo (Inter Milan).

Keempat-empat mereka jelas menyambut baik penganjuran pertandingan ini dan melihat ia sebagai persiapan terbaik setiap pasukan bagi menghadapi musim baharu.

”Setiap pasukan pasti mahu mencapai kemenangan. Sudah tentu bagi Juventus yang mempunyai ramai pemain berbakat akan memperagakan aksi terbaik.”

”Kejohanan ini juga menjadi landasan terbaik dalam mempersiapkan pasukan bagi menghadapi saingan liga musim baharu,” ujar Ravanelli yang pernah menjuarai Liga Juara-Juara Eropah bersama Juventus pada musim 1995/96.

Penaja dan rakan kongsi

Edisi ketiga ini juga telah menarik minat beberapa pihak untuk tampil menjadi penaja buat kejohanan yang pasti menggamit kehadiran peminat setia bola sepak dari seluruh Asia Tenggara dan Singapura khususnya.

Antara penaja yang terlibat ialah AIA, Unionpay, Resorts World Sentosa (RWS), Konami, Shopee, Mediacorp dan Adidas.

Penjualan tiket

Peminat bola sepak di Malaysia yang berminat untuk menyaksikan dua perlawanan secara langsung di Stadium Nasional, Singapura itu boleh mendapatkan tiket menerusi aplikasi Shopee.

Tiket rasmi perlawanan boleh mula didapatkan pada 4 April dan pengguna Shopee di Malaysia, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Filipina berpeluang untuk memenangi penerbangan percuma bagi menyaksikan perlawanan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN