Dato’ Hamidin Bangga Dengan Semangat Juang Pemain Skuad Malaysia B-23

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin memuji prestasi yang dipamerkan oleh anak didik Datuk Ong Kim Swee apabila mencatat keputusan seri 2-2 dengan China dalam kempen kelayakan AFC B-23 malam tadi.

Hasrat Malaysia untuk beraksi di Thailand tidak kesampaian selepas gagal berada dalam kalangan 4 pasukan tempat kedua terbaik kumpulan sekaligus meleburkan impian untuk memburu slot ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Namun begitu, Hamidin menyifatkan aksi mereka wajar dipuji dan tetap berbangga dengan semangat juang pemain yang tidak gentar berhadapan dengan pasukan yang kuat dan dua kali mendahului lawan.

“Skuad kebangsaan mempamerkan corak permainan yang baik dengan semangat juang tinggi.

“Kejayaan pasukan kadang-kala tidak boleh diukur dengan kalah atau menang sebaliknya menerusi prestasi dan corak permainan yang ini saya anggap boleh dipuji kerana mampu beri saingan,” katanya dalam satu kenyataan di laman facebook rasmi FAM.

FOTO: FAM

Hadir sama menyaksikan perlawanan semalam adalah Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Windsor John Paul dan semua barisan exco FAM.

Turut hadir, pemangku presiden Persatuan Bolasepak China (CFA) yang juga Menteri Sukan China, Du Zhaocai yang hadir bersama Timbalan Setiausaha Agungnya yang juga Pengarah Bahagian Antarabangsa, Roger Luo dan Pengurus Bahagian Antarabangsa, Frank Wei.

Walaupun terikat tujuh mata mata dengan pendahulu, China, dalam Kumpulan J, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu hanya menduduki tangga kedua ekoran perbezaan jaringan selepas China menang besar ke atas Laos (5-0) dan Filipina (8-0) berbanding Malaysia yang menundukkan Filipina (3-0) dan Laos (1-0).

Tuan rumah pusingan akhir, Thailand, tewas 0-4 kepada Vietnam malam tadi, yang menyaksikan kekurangan slot tempat kedua kepada empat pasukan memandangkan mereka sudah layak secara automatik.

Australia, Iran, Syria dan Arab Saudi, selaku empat pasukan terbaik di tempat kedua kumpulan, kemudian menyingkirkan Malaysia daripada slot itu sepertimana slot kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 juga.

Penyingkiran itu menyaksikan edisi tahun lalu kekal sebagai penyertaan tunggal skuad negara sepanjang sejarah empat edisi kejohanan dwitahunan itu.

Sebagai rekod, Malaysia melakukan penampilan sulung dalam pusingan akhir kejohanan itu di China tahun lalu dan berjaya ke suku akhir sebelum disingkirkan Korea Selatan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN