Joleon Lescott: Manchester United Memudahkan Peluang Manchester City Juarai UCL Musim Ini

Lescott

Bekas pertahanan Manchester City, Joleon Lescott berpendapat bahawa kemenangan Manchester United keatas Paris Saint-Germain (PSG) telah memudahkan jalan bagi bekas kelabnya itu untuk menjuarai saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini.

Menurut Lescott, beliau percaya bahawa peluang Manchester City untuk menjulang trofi kejuaraan buat kali pertama makin besar selepas PSG tersingkir dari saingan kejuaraan.

“Saya rasa Manchester United membuka jalan bagi Manchester City untuk menjuarai Liga Juara-Juara Eropah apabila mereka berjaya menyingkirkan PSG dari kejohanan,” ujar Lescott dipetik menerusi Goal.

PARIS, FRANCE – MARCH 06: Luke Shaw of Manchester United and team mates celebrate after the full time whistle during the UEFA Champions League Round of 16 Second Leg match between Paris Saint-Germain and Manchester United at Parc des Princes on March 06, 2019 in Paris, . (Photo by Julian Finney/Getty Images)

“Saya percaya bahawa PSG adalah ancaman terbesar bagi kejayaan Man City di Liga Juara-Juara musim ini.”

Memiliki ramai bintang terbaik di dunia seperti Neymar, Kylian Mbappe, Edison Cavani, dan Gianluigi Buffon meletakkan PSG sebagai salah satu calon pasukan yang akan menjuarai Liga Juara-juara Eropah musim ini.

Namun, kejutan berlaku apabila Man. United telah menampilkan kebangkitan hebat berdepan PSG selepas layak ke peringkat suku akhir menerusi peraturan gol di tempat lawan dengan agregat terikat 3-3.

Kurang pengalaman

Bagaimanapun, Lescott tidak menafikan bahawa bekas kelabnya itu masih cetek pengalaman dalam saingan diperingkat tertinggi seperti Liga Juara-Juara Eropah.

MANCHESTER, ENGLAND – MARCH 12: Manchester City team pose for a photograph ahead of the UEFA Champions League Round of 16 Second Leg match between Manchester City v FC Schalke 04 at Etihad Stadium on March 12, 2019 in Manchester, England. (Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

“Man City boleh tersingkir dalam pusingan akhir kejohanan kerana skuad mereka ini tidak mempunyai pengalaman, tidak banyak pemain Man City yang berpengalaman dalam separuh akhir Liga Juara-Juara.”

“Akan sangat memalukan [jika City tidak juara] kerana mereka jelas sudah bersiap sedia untuk menjuarai Liga Juara-Juara,” kata Lescott.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN