Analisis Prestasi Pemain Pertahanan Import Dalam Liga Super 2016 (Feb – Mei 2016)

Lebih kurang 2 minggu akan datang (20 Jun 2016), jendela perpindahan pemain Liga Super dan Liga Perdana akan dibuka semula. Ini peluang terakhir buat pasukan untuk memperbaiki kedudukan pasukan dalam liga dan menjelang saingan Piala Malaysia nanti.

Ketika ini sahaja sudah banyak rumors kami dengar mengenai perpindahan pemain – terutamanya pemain import. Persoalannya pemain mana yang wajar dibuang pasukan berdasarkan data statistik?

Inilah yang kami lakukan di semuanyabola.com. Berdasarkan data statistik yang dibekalkan oleh Instatscout, kami menilai prestasi semua prestasi pemain import Liga Super.

Dalam artikel ini, kami fokus kepada semua pemain pertahanan tengah (centre backs) import untuk melihat pemain manakah yang wajar dikekalkan/dibuang?

Kenyataan analisis (disclaimer)

i. Walaupun Instatscout ada menyimpan data statistik pemain-pemain Liga Super musim ini, ia jauh dari lengkap. Tak semua perlawanan domestik dianalisis oleh mereka. Data analisis kami ini adalah berdasarkan 5 perlawanan domestik paling terbaru yang dianalisis oleh mereka.

ii. Untuk menilai keberkesanan pertahanan import, kami menilai 3 aspek pertahanan mereka:

  • bentesan (tackling)
  • bertahan dalam duel di udara (air challenges)
  • bertahan dalam duel 1v1 (1v1 challenges)

iii. Persembahan Gilberto Alemão (FELDA United) tak dapat dianalisis kerana ketiadaan data.

1. Bentesan (tackling)

Soalan: Siapa pemain paling cekap melakukan tackling? (semakin tinggi peratusan, semakin bagus)

[table]
Nama,Minit bermain,Tackling dibuat,Tackling berjaya,Peratusan tackling berjaya
Abdoulaye Maiga (T-Team),230,7,7,100%
Jonathan McKain (Kelantan),290,13,11,84.62%
Marcos Antonio (JDT),450,7,5,71.43%
Soulaymane Konate (PDRM),180,6,4,66.67%
Vincent Bikana (Terengganu),447,14,9,64.29%
Bang Seung-Hwan (Kedah),450,14,9,64.29%
Brent Griffith (Pulau Pinang),180,8,5,62.50%
Nejc Potokar (Pahang),450,15,9,60.00%
Reinaldo Lobo (Pulau Pinang),170,7,4,57.14%
Zesh Rehman (Pahang),470,11,6,54.55%
Robert Cornwaithe (Selangor),270,4,2,50.00%
Thiago Aquino (Perak),180,5,2,40.00%
Davide Grassi (Sarawak),180,1,0,0.00%
[/table]

Analisis

Untuk menentukan keberkesanan teknik tackling pertahanan import, kami mengambil kira peratusan tackling berjaya yang mereka lakukan.

Berdasarkan jadual di atas, 3 pemain pertahanan import paling cekap melakukan tackling dalam Liga Super 2016 adalah:

  1. Abdoulaye Maiga (T-Team)
  2. Jonathan McKain (Kelantan)
  3. Marcos Antonio (JDT).

Bagaimanapun ranking jadual di atas tak boleh dijadikan ukuran kebagusan seseorang pertahanan secara muktamad lagi kerana:

  • Ada sesetengah pemain pertahanan – contohnya Marcos Antonio (JDT) – yang dilindungi dengan baik oleh defensive midfielder sehingga tak perlu melakukan banyak tackling.
  • Ada juga pemain yang tidak mempunyai sampel data yang cukup besar seperti Davide Grassi (Sarawak), Thiago Aquino (Perak), Soulaymane Konate (PDRM), Reinaldo Lobo dan Brent Griffith (Pulau Pinang).

2. Bertahan dalam duel di udara (air challenges)

Soalan: Siapa pemain paling hebat di udara? (semakin tinggi peratusan, semakin bagus)

[table]
Nama,Minit bermain,Tandukan dibuat,Tandukan berjaya,Peratusan tandukan berjaya
Abdoulaye Maiga (T-Team),230,13,12,92.31%
Nejc Potokar (Pahang),450,34,28,82.35%
Reinaldo Lobo (Pulau Pinang),170,11,9,81.82%
Marcos Antonio (JDT),450,28,22,78.57%
Robert Cornwaithe (Selangor),270,21,16,76.19%
Thiago Aquino (Perak),180,15,11,73.33%
Davide Grassi (Sarawak),180,11,8,72.73%
Brent Griffith (Pulau Pinang),180,7,5,71.43%
Bang Seung-Hwan (Kedah),450,51,35,68.63%
Vincent Bikana (Terengganu),447,22,15,68.18%
Zesh Rehman (Pahang),470,38,19,50.00%
Jonathan McKain (Kelantan),290,17,8,47.06%
Soulaymane Konate (PDRM),180,11,5,45.45%
[/table]

Analisis

Untuk menentukan kehebatan pertahanan import di udara, kami mengambil kira peratusan tandukan berjaya yang mereka lakukan.

Bagi pemain-pemain yang mempunyai sampel data yang kecil seperti…

  • Davide Grassi (Sarawak)
  • Thiago Aquino (Perak)
  • Soulaymane Konate (PDRM)
  • Reinaldo Lobo dan Brent Griffith (Pulau Pinang),

…anda masih belum boleh betul-betul mengukur kehebatan mereka di udara secara muktamad.

Tetapi bagi pemain yang sudah mempunyai sampel data yang cukup besar tetapi masih menduduki tangga terbawah dalam jadual seperti…

  1. Jonathan McKain (Kelantan)
  2. Zesh Rehman (Pahang)
  3. Vincent Bikana (Terengganu)

…anda boleh simpulkan mereka bukanlah pemain pertahanan yang boleh hebat di udara.

Berdasarkan jadual di atas, 3 pemain pertahanan import paling hebat di udara dalam Liga Super 2016 adalah:

  1. Abdoulaye Maiga (T-Team)
  2. Nejc Potokar (Pahang)
  3. Marcos Antonio (JDT)

3. Bertahan dalam duel 1v1 (1v1 challenges)

Soalan: Siapa pemain paling lengkap di bahagian pertahanan? (semakin tinggi peratusan, semakin bagus)

[table]
Nama,Minit bermain,Jumlah duel,Duel berjaya,Peratusan duel berjaya
Abdoulaye Maiga (T-Team),230,32,27,84.38%
Davide Grassi (Sarawak),180,14,11,78.57%
Brent Griffith (Pulau Pinang),180,28,19,67.86%
Robert Cornwaithe (Selangor),270,34,23,67.65%
Bang Seung-Hwan (Kedah),450,91,59,64.84%
Marcos Antonio (JDT),450,56,36,64.29%
Thiago Aquino (Perak),180,28,18,64.29%
Nejc Potokar (Pahang),450,70,44,62.86%
Reinaldo Lobo (Pulau Pinang),170,28,16,57.14%
Soulaymane Konate (PDRM),180,41,23,56.10%
Vincent Bikana (Terengganu),447,58,31,53.45%
Jonathan McKain (Kelantan),290,38,19,50.00%
Zesh Rehman (Pahang),470,61,30,49.18%
[/table]

Analisis

Dalam Instatscout, duel 1v1 merangkumi aspek:

  • bentesan (tackling)
  • bertahan dalam duel di udara (air challenges)
  • merampas bola dengan kekuatan fizikal badan (fair shoulder charge)

Jadual ini lebih tepat untuk mengukur pemain pertahanan import mana paling bagus dan teruk dalam Liga Super 2016 kerana ia mengambil kira semua aspek pertahanan.

Seperti biasa anda masih belum boleh betul-betul mengukur kehebatan pemain berikut secara muktamad kerana sampel data mereka yang kecil:

  • Davide Grassi (Sarawak)
  • Thiago Aquino (Perak)
  • Soulaymane Konate (PDRM)
  • Reinaldo Lobo dan Brent Griffith (Pulau Pinang)

Ini bermakna 3 pemain pertahanan import paling lengkap dalam Liga Super 2016 setakat ini adalah:

  1. Abdoulaye Maiga (T-Team)
  2. Robert Cornwaithe (Selangor)
  3. Bang Seung-Hwan (Kedah)

Wajarkah Vincent Bikana digugurkan?

Salah satu rumors yang hangat bertiup dari kem Terengganu adalah Vincent Bikana yang dikatakan akan digugurkan oleh ketua jurulatih mereka, Mike Mulvey.

Penyokong Terengganu rata-ratanya berbelah bahagi dalam isu ini. Ada yang mahu Bikana dikekalkan. Ada yang mahu beliau digugurkan.

Jika anda membuat keputusan berdasarkan data statistik, Terengganu FA perlu menggugurkan Bikana. Beliau mempamerkan kebolehan tackling yang agak baik (peratusan kejayaan 64.29%), tetapi agak lemah di udara (peratusan kejayaan 68.18%).

Sumber: Facebook Terengganu FA
Sumber: Facebook Terengganu FA

Secara keseluruhannya dalam aspek duel 1v1, Bikana menduduki tangga ke-3 terbawah apabila hanya memenangi 53.45% situasi 1v1.

Satu-satunya pertahanan tengah Liga Super yang mempamerkan persembahan lebih buruk daripada Bikana pada musim ini adalah Zesh Rehman (Pahang).

Tetapi jika Terengganu FA membuat keputusan berdasarkan dasar sentimentaliti, mungkin Bikana perlu dikekalkan memandangkan beliau sudah hampir 5 tahun bersama dengan pasukan pantai Timur itu.

Pertahanan terbaik? Bukan Marcos Antonio

Bercakap mengenai pemain pertahanan terbaik tanpa melihat data statistik, pasti ramai penyokong bola sepak tempatan akan menyebut nama Marcos Antonio (JDT).

Tetapi jika kita merujuk data statistik, pemain pertahanan import terbaik Liga Super 2016 ketika ini adalah Abdoulaye Maiga (T-Team).

Untuk berlaku adil kepada Antonio, beliau taklah teruk sangat. Dalam aspek tackling, peratusan kejayaannya adalah 71.43% (ke-3 terbaik dalam liga). Di udara, beliau memenangi 78.57% duel di udara.

Sumber: Facebook JOHOR Southern Tigers
Sumber: Facebook JOHOR Southern Tigers

Secara keseluruhannya Antonio memenangi 64.29% duel 1v1. Tetapi ia masih jauh jika dibandingkan dengan pencapaian Abdoulaye Maiga yang muncul di pemain paling cemerlang dalam aspek tackling, duel udara dan duel 1v1.

Jika Mike Mulvey mahu mencari pengganti Bikana, mungkin beliau tak perlu melihat jauh di luar Terengganu.

bikanana

Baca juga: Analisis: Berapa Harga Yang Perlu Dibayar Penyokong Untuk Melihat Gol Di Liga Super?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN