Quantcast
Analisis Teknikal: Berbaloikah £31 Juta Yang Dibayar Manchester United Untuk Eric Bailly?


KAJIAN & FAKTA

Analisis Teknikal: Berbaloikah £31 Juta Yang Dibayar Manchester United Untuk Eric Bailly?

Monday, 6 Jun 2016

Eric Bailly tiba-tiba menjadi bualan seluruh dunia setelah dikaitkan dengan Manchester United.

The Red Devil dikatakan sudah menghantar bidaan sebanyak £31.3 juta. Walaubagaimanapun, potensi Eric Bailly boleh membawa kepada harga rundingan sehingga £40 juta.

Siapa Eric Bailly?

Pemain ini berasal dari Ivory Coast. Bakat beliau dikesan oleh Espanyol dan dibawa masuk ke kelab itu pada usia 17 tahun.

Bagaimanapun, debut beliau cuma diberikan kepada beliau ketika berusia 20 tahun semasa Espanyol menang 2-0 ke atas Real Sociedad pada musim 2013/14.


2 bulan selepas debut beliau, Espanyol memutuskan untuk menerima bidaan daripada Villareal yang mencari pengganti Gabriel Paulista yang berpindah ke Arsenal.

Bersama Villareal, beliau membuat 10 penampilan pada musim 2014/2015 dan 25 penampilan liga pada musim 2015/2016.

Bailly mula mencipta nama selepas bertanggungjawab merantai Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale – ketika masih dibelenggu kecederaan bahu – dari posisi bek kanan untuk membantu Villareal menang 1-0 ke atas Real Madrid pada Disember 2015.

Bailly juga pernah dipanggil oleh skuad kebangsaan Ivory Cost untuk negaranya menjuarai AFCON Cup. Beliau melakukan debut bersama Ivory Coast ketika perlawanan final.

Sejak itu, Bailly telah mendapat 15 caps di peringkat kebangsaan sehingga hari ini.


Posisi Eric Bailly

Eric Bailly merupakan pemain pertahanan yang sangat versatil. Posisi semulajadinya adalah pertahanan tengah (center back). Tetapi beliau juga boleh bermain sebagai bek kanan dan kiri.

Data dari laman web Whoscored menunjukkan bahawa pada musim ini, beliau telah bermain 28 kali di posisi center back, 2 kali sebagai right back dan 2 kali sebagai left back.

Kekuatan

Pemain ini akan mengingatkan peminat Manchester United kepada Rio Ferdinand – keras ketika mencabar penyerang lawan dan gemar merancang serangan dari bawah melalui kemahiran menggelecek dan membuat hantaran.


Turut memiliki fizikal yang sesuai dengan Premier League, Bailly turut memiliki kelajuan yang baik untuk seorang center back. Kelebihan ini membolehkan United bermain dengan high defensive line pada musim depan.

Kelemahan

Bailly kerap kali berdepan dengan masalah disiplin dan fokus dalam padang. Ini mungkin kerana beliau masih belum cukup matang sepenuhnya – masalah yang agak normal untuk pemain muda.

Bila hilang fokus, Bailly kerap melakukan foul mudah dan berberapa juga kesilapan individu di dalam padang.

Inilah yang dilakukannya ketika menentang Atletico Madrid pada musim 2014/2015.

Berikut adalah data yang dikeluarkan Squawka ;

s2

Kualiti hantaran Bailly mungkin bukan standard yang diingini oleh Manchester United. Hanya 74 daripada 114 hantaran beliau pada musim lepas menemui sasaran (peratus kejayaan hantaran hanya 64.9%).

Untuk harga £31 juta, Bailly boleh dilihat sebagai pelaburan yang berisiko.

Tetapi dengan Bailly, Jose Mourinho bakal memperolehi pemain yang sama karakter dan personaliti dengannya – benci kalah dan tiada belas kasihan.

Baca juga: 6 Cabaran Yang Gagal Diharungi Moyes Dan LVG, Tetapi Perlu Dihadapi Oleh Jose Mourinho

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!

Topik Berkaitan

Kategori Artikel


Kongsi

Komen Artikel: Analisis Teknikal: Berbaloikah £31 Juta Yang Dibayar Manchester United Untuk Eric Bailly?



Berita Bola Yang Menarik