Penyerang Berusia 36 Tahun, Fabio Quagliarella Dipanggil Ke Kem Azzurri

Fabio Quagliarella dipanggil ke dalam skuad Itali buat pertama kali sejak 2010. Quaqliarella masih belum ada sebarang kaps dengan Itali. Dan beliau dijangka akan mendapat kaps pertama itu ketika kelayakan Euro 2020.

Fabio Quagliarella berjaya menewaskan Mario Balotelli untuk merebut slot pemain serangan dalam panggilan terbaru oleh Roberto Mancini.

Fabio Quagliarella menikmati musim luar biasa di Serie A musim ini. Beliau sudah menjaringkan 20 gol liga – dalam musim paling prolifik di dalam karier beliau. Quagliarella telah menjadi pemain Serie A pertama musim ini mencetak 20 gol.

Roberto Mancini memanggil pemain 36 tahun itu atas faktor merit persembahan beliau. Fabio Quagliarella akan melapor diri dalam kem latihan skuad Itali dalam persediaan berhadapan dengan Finland dan Liechtenstein – dalam kumpulan J.

Mario Balotelli disisihkan walaupun menjaringkan 5 gol daripada 7 penampilan terakhir beliau dalam Ligue 1. Mancini memanggil nama baru iaitu Leonardo Pavoletti dari Cagliari. Pemain remaja Juventus, Moise Kean dan penggempur Lazio Ciro Immobile juga turut dipanggil.

Terdapat 6 pemain Juventus dalam panggilan kali ini termasuk bek sisi Leonardo Spinazzola, yang beraksi cemerlang ketika menentang Atletico.

Selain daripada Pavoletti, pemain muda AS Roma Nicolo Zaniolo juga antara nama pemain muda yang dijangka boleh melakukan debut dalam tugasan antarabangsa kali ini.

Berikut adalah senarai penuh skuad Itali untuk tugasan kali ini:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN