Jurgen Klopp Mahu Anak Buah Berani Hadapi Barisan ‘Berkelas Dunia’ Bayern Munich

Klopp

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menegaskan bahawa anak buahnya perlu berani untuk berdepan pasukan ‘kelas dunia’, Bayern Munich pada aksi kedua peringkat 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah 2018/19 di Allianz Arena, awal pagi esok.

Saingan masih terbuka luas buat kedua-dua pasukan setelah sekadar terikat tanpa jaringan di Anfield pada bulan lalu.

Situasi sedikit berbeza sejak kebelakangan ini dalam saingan domestik apabila Bayern Munich sudah kembali menghuni tangga teratas Bundesliga.

Liverpool pula tergelincir di tangga kedua Liga Perdana Inggeris.

LIVERPOOL, ENGLAND – FEBRUARY 19: Jurgen Klopp, Manager of Liverpool reacts as Niko Kovac, Manager of Bayern Munich looks on during the UEFA Champions League Round of 16 First Leg match between Liverpool and FC Bayern Muenchen at Anfield on February 19, 2019 in Liverpool, England. (Photo by Stu Forster/Getty Images)

”Ini merupakan satu cabaran, kami memerlukan rentak dan kami juga perlu melakukan perkara yang betul dalam beberapa keadaan yang tertentu.”

”Bayern (Munich) merupakan sebuah pasukan berkelas dunia – semua orang mengetahuinya – dengan pemain kelas dunia dan anda perlu untuk bertahan menentang mereka di tahap yang tertinggi.”

”Apabila anda mempunyai bola, anda harus benar-benar yakin dan sukar untuk menentang pasukan berkelas dunia.”

”Anda perlu menjadi berani dan bermain bola sepak terbaik – itulah yang perlu kami tunjukkan pada malam esok,” jelas Klopp bercakap kepada wartawan.

Bayern Munich bukanlah asing buat Jurgen Klopp kerana beliau adalah kelahiran Stuttgart, Jerman dan juga pernah membimbing dua kelab saingan Bundesliga, Mainz 05 dan Borussia Dortmund.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN