Mohamed Salah Sanggup Korbankan Champions League Demi Trofi EPL

Mohamed Salah berkata beliau sanggup mengorbankan impian peribadinya untuk menjuarai kejuaraan UEFA Champions League (UCL), semata-mata untuk membantu Liverpool membawa pulang trofi kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat pertama kali ke Anfield.

Liverpool adalah juara Liga Inggeris sebanyak 18 kali. Namun kelab Merseyside itu tidak pernah bergelar juara liga sejak pertandingan tersebut diperbaharui pada 1992.

Kedudukan terbaik tamat kemarau

Skuad kendalian Jurgen Klopp Klopp kini berada di posisi terbaik untuk menamatkan kemarau kejuaraan Liga Inggeris – apabila kini berada di tangga kedua – ketinggalan satu mata berbanding pendahulu Manchester City dan berbaki lapan perlawanan.

Tatkala itu, Liverpool juga akan berhadapan Bayern Munich di pusingan kedua UEFA Champions League esok – perlawanan hidup dan mati dalam pertandingan itu – setelah kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan di Anfield dua minggu yang lalu.

(Photo by Rich Linley – CameraSport via Getty Images)

Walaupun mengakui UCL adalah pertandingan yang lebih berprestij, Salah bagaimana pun mengakui cukup gembira sekiranya Liverpool terlebih dahulu berjaya memenangi EPL.

“Saya akan jujur dengan anda. Pertandingan yang lebih berprestij pada saya adalah UCL,” ujar Salah.

(Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)sa

“Tetapi impian setiap orang di bandar ini dan kelab ialah kejuaraan liga.

“Maka saya cukup gembira untuk mengorbankan impian saya [memenangi UCL]. Namun jika kita mampu menjuarai kedua-duanya, ia pasti satu perkara yang hebat. Kita akan cuba lakukannya.”

Harap City tercicir

Penyerang antarabangsa Mesir itu turut tidak menafikan harapan beliau untuk melihat pendahulu liga, Manchester City tercicir mata.

“Pertandingan di sini sangat sukar, dan kami mempunyai baki perlawanan yang sukar. Begitu juga mereka [Manchester City],” tambah Salah.

Salah
(Photo by Clive Rose/Getty Images)

“Apa yang boleh anda lakukan ialah untuk menang setiap perlawanan dan berharap mereka akan gagal di salah satu perlawanan, untuk membenarkan kami bergelar juara.

“Minda saya tajam pada ketika ini walaupun berhadapan dengan tekanan. Tetapi secara mental ianya kuat dan pada masa ini kami harus menghadapi cabaran yang ada.

“Kita akan lihat apa yang boleh dilakukan pada penghujung musim. Secara mental, saya sudah bersedia untuk segala kemungkinan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN