Pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan bahawa semalam merupakan detik paling membanggakan buat baginda apabila melihat skuad Harimau Selatan beraksi dalam kancah Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2019.
Dipetik daripada ‘tweet’ oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu, baginda menghamburkan kata pujian buat JDT yang mencipta sejarah beraksi di pentas tertinggi buat kelab Asia itu.
Today is one of the most proudest moment of my Life. Well Done Boys♥️💙👊🏼🙏🏼. Well Done JDT🐅👊🏼♥️💙. What a result. First time in ACL. Highest level in Asia. Away from home against the reigning Champion. So Proud of you guys. Well done JDT🙏🏼♥️💙🐅👊🏼🔥🇲🇾
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) March 5, 2019
TMJ juga turut meluahkan rasa bangga terhadap para pemain JDT yang masih mampu untuk mempamerkan corak permainan baik walaupun berdepan dengan pasukan yang merupakan juara bertahan saingan tersebut.
Apa yang telah dipersembahkan oleh JDT pada perlawanan petang semalam bukan sahaja membanggakan TMJ, malahan rata-rata peminat bola sepak tanah air turut tidak melepaskan peluang bagi memberikan komen positif terhadap persembahan wakil Malaysia tersebut.
Antara pemain yang mencuri tumpuan pada perlawanan tersebut adalah Farizal Marlias yang berjaya menafikan sepakan penalti Serginho pada minit ke-15 serta beberapa kali menyelamatkan gawangnya dengan cemerlang.
Aksi yang dipamerkan Adam Nor Azlin juga menjadi bualan peminat bola sepak tanah air.
Selain Kashima Antlers, JDT turut berada bersama-sama Shandong Luneng (China) dan Gyeongnam FC (Korea Selatan) dalam kumpulan E.
Semoga JDT dapat mengharumkan nama negara dan menjadi pembakar semangat buat pasukan lain dalam saingan Liga Malaysia untuk mengikut jejak langkah yang sama.
Kredit foto: Johor Southern Tigers