Pemenang Ballon d’Or 2018, Luka Modric mengakui bahawa kegagalan membawa masuk pengganti Cristiano Ronaldo menjadi punca Real Madrid bergelut pada musim ini.
Ronaldo meninggalkan Los Blancos pada musim panas lalu untuk menyertai gergasi Itali, Juventus dan kini sedang telah mencipta 19 jaringan dalam saingan Serie A.
Dengan prestasi Real Madrid umpama ‘yoyo’ pada musim ini, kelibat Cristiano Ronaldo sudah pasti amat dirindui rakan sepasukan dan penyokong.
”Memandangkan apa yang telah dilakukannya terhadap kami dan kelab ini, kami merindui Cristiano,” jelas Modrid.
”Kelab mahukan pemain lain untuk melakukan apa yang Ronaldo telah lakukan, membezakan di antara penyerang dan ia bukan perkara yang mudah.”
”Cristiano menjaringkan 50 gol dan hari ini anda tidak dapat mencari seorang pemain yang boleh menjaringkan sebanyak itu.”
”Beberapa orang daripada kami telah mengambil langkah ke hadapan, walaupun tidak mencetak 50 gol, apa yang kami perlukan adalah dua atau tiga orang pemain yang mampu menjaringkan 15, 20 atau 10 gol, kami tidak memilikinya.”
”Itu adalah masalah terbesar buat kami pada musim ini. Sebagai contoh ketika menentang Barcelona dalam saingan piala (Copa Del Rey), kami mempunyai banyak peluang dan apabila anda tidak mengambil kesempatan, lawan akan menghukum anda.”
Peluang terakhir buat Real Madrid untuk menjulang trofi adalah dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah dan akan bertemu Ajax Amsterdam pada perlawanan kedua peringkat 16 terbaik, awal pagi nanti.
Aksi pertama tempoh hari dimenangi skuad Santiago Hernan Solari itu dengan keputusan 2-1 hasil jaringan Karim Benzema dan Marco Asensio.