Jordan Henderson Gesa Rakan Sepasukan Tingkatkan Prestasi Dalam Usaha Rebut Kejuaraan

Henderson

Ketua pasukan Liverpool, Jordan Henderson menggesa rakan sepasukannya supaya meningkatkan prestasi selepas The Reds sekadar seri tanpa jaringan bertemu Everton di Goodison Park.

Keputusan seri yang diraih itu menyaksikan Liverpool terpaksa melepaskan kedudukan tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada juara bertahan, Manchester City yang berkelebihan satu mata di hadapan.

Keadaan ini berkemungkinan memberikan petunjuk bahawa barisan pemain Liverpool sudah mula merasai tekanan yang diberikan Manchester City dalam usaha kedua-dua pasukan merebut kejuaraan EPL.

Henderson bagaimanapun menolak tanggapan tersebut dan merasakan rakan sepasukannya hanya boleh menjawab kritikan yang dilemparkan dengan aksi cemerlang di padang.

”Ia tidak baik untuk membicarakan soal ini, kami perlu memberikan tindak balas positif di atas padang. Kami mempunyai banyak lagi baki permainan, jadi ia terpulang kepada kami.”

”Bola sepak adalah banyak perkara dengan perlu dilakukan dengan mentaliti. Sudah tentu bakat adalah penting dan kami mempunyai banyak kelebihan tetapi apa yang perlu kami pamerkan pada baki sembilan perlawanan – dan dalam Liga Juara-Juara Eropah – adalah mentaliti kami.”’

LIVERPOOL, ENGLAND – MARCH 03: Jordan Henderson of Liverpool is watched by Morgan Schneiderlin of Everton during the Premier League match between Everton FC and Liverpool FC at Goodison Park on March 03, 2019 in Liverpool, United Kingdom. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

”Kami boleh mengecapi apa yang kami ingin capai. Ia terpulang kepada kami untuk melakukannya.”

Daripada empat perlawanan terakhir yang dilalui, Liverpool gagal menjaringkan gol iaitu pada pertemuan menentang Bayern Munich, Manchester United dan Everton.

Ia turut mendapat perhatian Henderson yang memuji persembahan Liverpool, namun beliau mengharapkan sentuhan penyudah dapat diperkemaskan untuk mengubah keputusan seri kepada kemenangan.

”Apa yang terlepas ketika menentang Everton? Jaringan gol. Kami mencipta peluang untuk memenangi perlawanan dan sekiranya kami menjaringkan satu atau dua gol, ia akan menjadi sempurna.”

”Semua orang berkata, ‘ia adalah perlawanan setempat yang baik tetapi apabila anda gagal menjaringkan gol, orang ramai akan mula menilainya dari sudut yang berbeza.”

Liverpool akan bertemu Burnley di Anfield pada perlawanan ke-30 liga dan dijangka tidak berdepan masalah untuk mengutip tiga mata penuh menentang kelab di tangga ke-16 itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN