Ada sebab perlawanan ini menjadi tumpuan peminat sukan bola sepak. Selangor adalah pasukan yang mempunyai sejarah gemilang lampau. JDT pula merupakan pasukan yang mahu mencipta deretan kejayaan di era moden ini.
JDT tidak menunggu lama untuk berada di hadapan apabila Leandro Velazquez menyempurnakan hantaran Diogo Santo pada minit ke-7 perlawanan untuk JDT mendahului Selangor 1-0.
7′ | GOL LEANDRO VELASQUEZ!@OfficialJohor mendahului seawal minit ke-7 menerusi Leandro Velasquez!@FASelangorMy 0-1 @OfficialJohor #SELJDT#unifiLigaSuper2019#MFLLive pic.twitter.com/JfA8rCHdWe
— MFL LIVE (@MFL_Live) March 1, 2019
Selangor cuba untuk menghasilkan tindak balas selepas itu, namun percubaan Rufino tepat menuju Farizal Marlias.
Kerapuhan benteng Selangor sekali lagi dihukum apabila Diogo Santo menyambar bola muntah daripada tangan Khairul Azhan untuk JDT melebarkan kedudukan kepada 2-0 pada minit ke-13 perlawanan.
14′ | GOL DIOGO SANTO!
Dua gol dihasilkan oleh JDT dalam masa 15 minit di Shah Alam dan kali ini giliran Diogo Santo menjaringkan gol ketiga peribadinya pada musim ini.@FASelangorMy 0-2 @OfficialJohor #SELJDT#unifiLigaSuper2019#MFLLive pic.twitter.com/D1FWnSypKK
— MFL LIVE (@MFL_Live) March 1, 2019
Minit ke-27 perlawanan pula menyaksikan tandukan Sandro menggegarkan palang gol JDT sebelum Rufino turut terlepas peluang dua minit kemudian hasil permainan baik yang ditampilkan oleh Syazwan Zainon dan Faiz Nasir.
Percubaan Endrick Dos Santos dari luar kotak penalti yang menerjah jaring JDT pada minit ke-32 perlawanan pula menggamatkan Stadium Shah Alam untuk Selangor merapatkan kedudukan kepada 2-1.
33′ | GOL ENDRICK DOS SANTOS!
Red Giants cuba kembali dalam perlawanan ini melalui ledakan ‘screamer’ cantik dari Endrick Dos Santos.@FASelangorMy 1-2 @OfficialJohor #SELJDT#unifiLigaSuper2019#MFLLive pic.twitter.com/nxAcYLSDuk
— MFL LIVE (@MFL_Live) March 1, 2019
Babak pertama perlawanan terus dihangatkan dengan jaringan apabila giliran Gonzalo Cabrera mencetak nama sebagai penjaring, apabila bijak memanfaatkan bantuan gol dari Diogo untuk JDT kembali mendahului dengan kelebihan dua gol.
Namun demikian Rufino Segovia sekali lagi berjaya merapatkan kedudukan dengan menanduk masuk hantaran Faiz Nasir untuk babak pertama perlawanan berakhir dengan jaringan 3-2.
Babak kedua perlawanan, Selangor punyai misi jelas untuk memburu jaringan penyamaan. Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dengan JDT turut mahu melebarkan kelebihan yang mereka miliki.
68′ | GOL LEANDRO VELAZQUEZ!
JDT menambah gol ke-4 mereka melalui Leandro Velazquez yang pantas memberi reaksi selepas rembatan Gonzalo Cabrera ditepis oleh Khairul Azhan.@FASelangorMy 2-4 @OfficialJohor #SELJDT#unifiLigaSuper2019#MFLLive pic.twitter.com/waJmaG48eX
— MFL LIVE (@MFL_Live) March 1, 2019
Namun demikian, JDT terus membuktikan ketajaman jentera serangan milik mereka apabila Leandro Velazquez menjaringkan gol kedua peribadi sejak kembali ke Liga Malaysia pada minit ke-68 perlawanan- setelah pemain itu bijak menyudahkan bola muntah dari tampanan Khairul Azhan hasil percubaan Cabrera.
Tidak banyak yang boleh dikisahkan selepas itu. Pertukaran pemain dilakukan oleh kedua-dua pasukan bagi menggantikan pemain yang sudah keletihan dan mengalami kecederaan.
Tamat 90 minit perlawanan, JDT menewaskan Selangor 4-2 di Stadium Shah Alam.
Kesebelasan utama:
SELANGOR FA: Khairul Azhan Khalid, Taylor Regan, Sandro Da Silva Mendonca, Rufino Segovia (C), Endrick Dos Santos, Faiz Nasir, Nurridzuan Abu Hassan, Abdul Halim Saari, Syahmi Safari, Syazwan Zainon, Michal Nguyễn
JDT FC: Farizal Marlias, Afiq Fazail, Diogo Luís Santo, Safawi Rasid, Gonzalo Cabrera, Hariss Harun (C), Leandro Sebastián Velázquez, Azrif Nasrulhaq, La’Vere Corbin-Ong, Kiko Insa, Maurício dos Santos Nascimento