Tan Cheng Hoe Jamin Pemain Malaysia B-23 Tidak Akan Sertai Piala AIRMARINE

Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe memberi jaminan pasukannya tidak akan menyenaraikan tonggak skuad Malaysia B-23  bagi menghadapi kejohanan 4 penjuru, Piala AIRMARINE yang akan berlangsung pada 20 dan 23 Mac ini.

Hal ini kerana Datuk Ong Kim Swee lebih memerlukan khidmat mereka bagi menghadapi kempen kelayakan Piala AFC Bawah 23 (B-23) pada bulan depan.

Selepas gagal membawa skuad terbaik dalam Piala AFF B-22 di Kemboja hingga menyebabkan Malaysia tersingkir seawal peringkat kumpulan, Kim Swee berharap dapat me­nurunkan barisan terkuat apabila Stadium Shah Alam menjadi venue Kumpulan J, kelayakan Piala AFC B-23 dari 22 hingga 26 Mac.

Kejohanan AFC B-23 dianggap penting kerana ia merupakan pentas untuk mencari tiket ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo. Juara kumpulan akan layak ke pusingan akhir di Bangkok pada 8 hingga 26 Januari tahun depan manakala empat pasukan terbaik di Thailand akan meraih tiket ke Olimpik.

Kejohanan Piala AIRMARINE 2019 diperkenalkan buat pertama kali. FOTO: FAM

Piala AIRMARINE yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil melibatkan pasukan Malaysia, Kepulauan Solomon, Singapura dan Oman.

“Kemungkinan besar tidak akan panggil mereka (pemain Malaysia B-23). Ya (memang ada perbincangan) maka tiada isu berkaitan perebutan pemain.

“Kalau ikutkan kita juga (perlu pemain) untuk naikkan ­ranking. Ketiadaan mereka mungkin menjejaskan momentum tetapi dari sudut positif, kita boleh uji muka baharu.

“Lebih tiga bulan kita tidak bermain bersama, harap apabila dipanggil semula pemain dapat mengekal momentum seperti pada Piala AFF tahun lalu,” kata Cheng Hoe kepada Utusan Malaysia.

Skuad B-23 Malaysia dijangka akan diperkuatkan oleh bintang muda negara seperti Akhyar Rashid, Syamer Kutty Abba, Safawi Rasid dan Syahmi Safari yang membantu skuad Harimau Malaya muncul sebagai naib juara Piala AFF 2018.

Barisan pemain skuad Harimau Malaya ketika beraksi dalam saingan Piala AFF 2018. FOTO: FAM

Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi, menganggap Piala Airmarine sebagai medan terbaik untuk Malaysia perbaiki kedudukan ranking FIFA bagi mengelak daripada beraksi dalam saingan play-off kelayakan Piala Dunia nanti.

Syarat untuk tidak beraksi dalam aksi play-off, Malaysia perlu berada dalam kelompok ranking ke-34 terbaik Asia. Ketika ini, Malaysia berada di tangga ke-35 Asia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN