Piala Carabao: Kejuaraan Manchester City Dibayangi Insiden Kepa Arrizabalaga & Sarri

Manchester City muncul juara Piala Carabao pada awal pagi tadi selepas menewaskan Chelsea melalui penentuan sepakan penalti di Wembley pada awal pagi tadi.

Ia adalah trofi pertama dimenangi oleh Manchester City pada musim ini – tatkala skuad kendalian Pep Guardiola turut berada di landasan terbaik untuk mencabar di setiap pertandingan yang mereka sertai pada musim ini.

LONDON, ENGLAND – FEBRUARY 24: Manchester City celebrate after the penalty shootout following the Carabao Cup Final between Chelsea and Manchester City at Wembley Stadium on February 24, 2019 in London, England. (Photo by Chris Brunskill/Fantasista/Getty Images)

Perlawanan tersebut turut dibayangi oleh keengganan penjaga gol The Blues, Kepa Arrizabalaga untuk dikeluarkan oleh Maurizio Sarri untuk memberi laluan kepada Willy Caballero.

Tindakan penjaga gol termahal dunia itu seakan-akan memberontak terhadap keputusan dan kuasa pengurus untuk menggantikan beliau.

LONDON, ENGLAND – FEBRUARY 24: Kepa Arrizabalaga of Chelsea is treated for an injury before refusing to be substituted during the Carabao Cup Final between Chelsea and Manchester City at Wembley Stadium on February 24, 2019 in London, England. (Photo by Marc Atkins/Getty Images)

Tiba di Stamford Bridge dengan nilai £71 juta, penjaga gol itu mengalami kekejangan otot pada babak akhir masa tambahan. Ini menyebabkan Sarri memutuskan untuk memasukkan Caballero yang menyelamatkan tiga penalti ketika penjaga gol itu masih beraksi bersama City, untuk menafikan Liverpool kejuaraan yang sama pada 2016.

Keengganan Arrizabalaga untuk menurut arahan menyebabkan Sarri kelihatan amat marah di kawasan teknikal – sebelum kesengsaraaan beliau ditamatkan oleh City melalui penentuan sepakan penalti. Raheem Sterling menjaringkan penalti kemenangan untuk The Citizen.

Ilkay Gundogan, Sergio Aguero dan Bernardo Silva turut menjaringkan gol dari penalti, walaupun Arrizabalaga berjaya menyelamatkan sepakan Leroy Sane.

Manakala untuk Chelsea menyaksikan sepakan Jorginho diselamatkan oleh Ederson, dan sepakan David Luis sekadar singgah di palang gol.

City berjaya mempertahankan trofi ini. Namun perlawanan akhir Piala Carabao 2018/19 dibayangi oleh insiden Arrizabalaga yang enggan ditukar oleh pengurus beliau Maurizio Sarri.

Arrizabalaga dan Sarri kemudiannya bersetuju insiden tersebut sebenarnya adalah kerana salah faham.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN