Liverpool & Man. United Seri Tanpa Jaringan, The Reds Kembali Ke Puncak Liga

Pertemuan Man. United dan Liverpool menjadi perhatian seluruh peminat bola sepak. Dalam aksi yang berlangsung di Old Trafford kedua-dua pasukan pastinya tak mahu kalah dalam perlawanan ini.

Liverpool menjadi pasukan lebih dominan di dalam perlawanan ini. Namun sukar untuk menembusi pertahanan Man. United.

Sementara itu Manchester United pula berhadapan dengan masalah kecergasan pemain. Mereka terpaksa menggunakan ketiga-tiga pertukaran pemain yang ada kerana masalah kecederaan.

Pemain gantian Lingard terpaksa dikeluarkan semula kerana kecederaan. Beliau sebelum itu mendapat peluang keemasan – hasil umpanan Lukaku. Namun Alisson cemerlang menafikannya.

Liverpool turut kehilangan Roberto Firmino kerana terseliuh di bahagian kaki. Beliau digantikan dengan Daniel Sturridge.

Manchester United berjaya menyekat serangan Liverpool dan cuba melancarkan serangan balas.

Pada awal separuh masa kedua Manchester United banyak memberikan masalah kepada Liverpool menerusi hantaran lintang dan situasi bola mati.

Luke Shaw berjaya merantai Mohamed Salah.

Matip hampir meratapi hari malang beliau apabila tertampan bola ke gawang sendiri. Namun sebelum itu Smalling berada di kedudukan ofsaid.

Jurgen Klopp kemudian memasukkan Xherdan Shaqiri untuk menukar taktik kepada 2 penyerang tengah. Liverpool menghadirkan beberapa siri serangan namun hanya melakukan 1 perubahan tepat.

Pogba berjaya menaikkan sedikit intensiti permainan beliau selepas aksi hambar separuh masa pertama.

Pada minit akhir Chris Smalling hampir menghampakan Liverpool. Namun gagal untuk menyentuh hantaran Lukaku.

Perlawanan berakhir 0-0.

Keputusan seri ini meletakkan Liverpool kembali ke puncak liga dengan kelebihan 1 mata di atas Man. City.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN