Insiden ‘Flying Kick’ Di Singapura, Dua Pemain Amatur Bergaduh Ketika Perlawanan Persahabatan

Singapura

Dua orang pemain bola sepak amatur dilaporkan cedera dalam kejadian pergaduhan di sebuah padang bola sepak di Singapura.

Kejadian itu berlaku semasa sebuah perlawanan persahabatan pada petang Ahad (17 Februari). Perlawanan itu antara FC138 menentang Rangers United.

Punca

Dilaporkan seorang pemain Rangers United memberikan flying kick kepada pemain lawan. Dan itulah menjadi punca kepada kekecohan itu.

Malah, para pemain simpanan daripada kedua-dua pasukan yang berada di tepi padang turut masuk campur.

Pengadil perlawanan, Mustafa Kamal terpaksa mengawal keadaan. Apabila kejadian itu semakin teruk, polis terpaksa dipanggil bagi meredakan keadaan.

Kejadian itu berlaku kira-kira 5 minit sebelum tamat permainan.

Tular

Dipercayai rakaman video kejadian ini telah pun tular di sekitar Kota Singa di dalam aplikasi WhatsApp. Salah seorang pemain tersebut cedera di muka dan terpaksa dibawa ke hospital berdekatan.

Seorang lagi turut dibawa ke hospital bagi menerima rawatan. Kedua-dua pemain yang cedera itu diberitakan berumur bawah 40-an.

Saksi

Salah seorang saksi menceritakan kepada Straits Times bahawa ada seorang pemain telah menanduk pemain lawan. Kemudiannya, ada pemain yang cuba menahan dia daripada melarikan diri pula ditumbuk di bahagian muka.

Pemain nakal itu gagal melarikan diri apabila pintu pagar yang mengelilingi padang itu ditutup sekumpulan kanak-kanak yang kebetulan berada di situ.

Difahamkan bahawa kejadian ini akan disiasat oleh pihak berkuasa Singapura.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN