Pep Guardiola:”Bernardo Silva Pemain Paling Penting Untuk Portugal Ketika Ini”

Pep Guardiola sekali lagi menghamburkan pujian ke atas Bernardo Silva. Beliau berpendapat, Bernardo Silva kini berada dalam 3 senarai pemain terbaik di EPL.

Menurut Guardiola, Bernardo Silva telah memberikan dimensi berbeza kepada permainan Man. City pada musim ini. Beliau menjadi pemain yang dominan di tengah dan juga beroperasi dengan sangat baik di bahagian sayap.

Guardiola menegaskan Bernardo Silva adalah pemain terpenting Portugal buat masa ini berbanding dengan Cristiano Ronaldo.

Hal ini kerana Ronaldo tidak beraksi dalam beberapa tugasan antarabangsa selepas tamat Piala Dunia – kerana beberapa isu peribadi. Jadi, secara tak langsung, Bernardo Silva menjadi bintang utama dalam skuad Portugal sementara menunggu kepulangan Ronaldo.

Guardiola menjawab soalan wartawan yang bertanya; “Adakah Bernardo Silva akan menjadi pemain bintang utama di dalam pasukan Portugal?”

MANCHESTER, ENGLAND – FEBRUARY 05: Pep Guardiola, manager of Manchester City speaks during the press conference at Manchester City Football Academy on February 5, 2019 in Manchester, England. (Photo by Matt McNulty – Manchester City/Man City via Getty Images)

Guardiola berkata: “Dia sudah pun menjadi bintang paling besar sekarang. Beliau pemain yang baik, saya suka bekerjasama dengan beliau. Bernardo tidak pernah sesekali tarik muka jika tidak diturunkan. Beliau sentiasa senyum dan di bilik persalinan – beliau pemain yang paling digemari.”

“Bernardo Silva salah seorang pemain yang paling berbakat – yang pernah saya saksikan dalam karier pengurusan bola sepak. Beliau boleh bermain 3 atau 4 posisi. Dan sentiasa memberikan 8 atau 9 per 10. Beliau tahu apabila beliau tidak bermain baik. Namun tidak mengapa, kerana beliau sentiasa berlari.”

“Kamu tak akan mampu bermain di tahap tertinggi untuk setiap perlawanan yang ada setiap 3 hari. Namun Bernardo sentiasa berlari dan berlari. Mungkin musim ini beliau menjadi salah seorang daripada 2 atau 3 pemain terbaik di EPL.”

“Portugal bernasib baik memiliki beliau di dalam pasukan. Pengurus pasukan [Fernando Santo] akan menggunakan beliaulebih kerap. Beliau pemain yang disukai semua orang. Itu yang dapat saya katakan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN