FAM Sedia Siasat Tahap Kecergasan Pengadil Liga Malaysia

Pengadil

Kelmarin aksi derbi utara, Perak menentang Kedah dalam saingan Liga Super berlangsung dalam suasana kontroversi apabila pegawai pasukan Kedah melakukan bantahan mengenai pemilihan pengadil ke 4 dalam perlawanan itu.

Ia susulan insiden pengadil utama, Hamdan Awang mengalami kecederaan yang menyebabkan beliau terpaksa digantikan. Kedah membantah kemasukan pengadil ke 4, Abdul Halim Mohd Ramlan kerana pengadil itu berasal dari Perak.

Situasi itu berlaku buat kali pertama dalam sejarah Liga Super dan tahap kecergasan pengadil tersebut dipersoalkan oleh pengkritik bola sepak tempatan.

Mengulas mengenai insiden tersebut, Timbalan Presiden Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Yusoff Mahadi berkata, amalan untuk meletakkan pegawai perlawanan keempat dalam kalangan anak negeri sudah lama diamalkan dan kini badan induk tersebut perlu melihat semula perkara itu.

“Ini kes terpencil kerana semua perlawanan kita meletakkan anak negeri sebagai pegawai perlawanan keempat, bagaimanapun, kami tidak menjangka perkara sebegini boleh berlaku. Isu timbul apabila pegawai perlawanan keempat berasal dari Perak dan perlawanan tersebut melibatkan Perak.

“Kita sudah mempraktikkan perkara ini lama dan apabila perkara seperti ini berlaku kami perlu membuat penambahbaikkan agar perkara sama tidak berulang,” katanya dalam utusan malaysia

Ketua jurulatih Kedah, Aidil Shahrin dan penolongnya, Azmi Mohamed dapat kedengaran membantah keputusan pegawai perlawanan ketika insiden pengadil cedera dalam aksi Liga Super 2019 menentang Perak di Stadium Perak, Ipoh.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, ACP Md. Dali Wahid berkata, seseorang pengadil perlu melepasi ujian kecergasan terlebih dahulu sebelum mereka dipi­lih untuk mengadili perlawanan dalam Liga Malaysia (Liga M).

“FAM akan menyiasat perkara ini dengan memanggil pe­ngadil tersebut. Kami mahu melihat tahap kecergasan pe­ngadil itu sama ada dia benar-benar cergas atau sebaliknya. Jika tidak cergas kami perlu merehatkan dia daripada me­ngadili mana-mana perlawanan.

“Perkara ini berada di luar kawalan kerana kami sudahpun melakukan ujian kecergasan sebelum memilih pengadil, malah, turut melakukan latihan setiap bulan. Bagaimanapun, sudah menjadi tanggungjawab pengadil untuk menjaga tahap kecergasan,” katanya.

Insiden ini akan diperbincangkan lebih lanjut pada mesyuarat Jawatankuasa Pengadil FAM yang akan datang pada 18 Februari ini untuk tindakan selanjutnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN