Perubahan taktik yang ketara dilakukan Maurizio Sarri pada musim ini adalah ketika Chelsea menumpaskan Manchester City 2-0 di Stamford Bridge.
Kejayaan tersebut menjadikan Chelsea pasukan pertama yang mencalarkan rekod 22 perlawanan tanpa kalah Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
Sehubungan dengan itu, Sarri merasakan beliau perlu untuk melakukan satu lagi perubahan taktikal pada perlawanan menentang lawan yang sama di Etihad Stadium.
Pada perlawanan di Stamford Bridge, Maurizio Sarri telah memainkan peranan ‘false nine’ buat Eden Hazard.
”Pada ketika ini, keadaannya sudah berbeza. Kami mempunyai seorang lagi penyerang (Gonzalo Higuain dan bukannya Alvaro Morata).
”Kami juga boleh membuat satu lagi keputusan. Tetapi saya tidak tahu – mungkin kami akan bermain dengan ‘false nine’. Saya perlu untuk membuat pilihan.”
”Situasi ini tidak seperti perlawanan yang lain, jadi saya perlu memikirkan sesuatu yang berbeza atau mempunyai ‘false nine’.”
”Saya menjangkakan skuad (Pep) Guardiola sentiasa mahu mengawal permainan, sentiasa menguasai bola dan mereka mampu melakukannya. Jadi, ia merupakan satu perlawanan yang sukar.”
”Kami biasa mempunyai bola dan mengawal ‘possession’, jadi pada Ahad nanti, ia akan menjadi sesuatu yang berbeza. Mungkin kami perlu bertahan dengan lebih rendah.”
”Pada Disember (perlawanan di Stamford Bridge), mereka dapat menekan kami di kawasan sendiri. Ia bukan satu pilihan tetapi ia kemestian. Jadi, saya merasakan pada hari Ahad ini, perkara yang sama berlaku.”
”Anda amat mengetahui bahawa jentera tengah Manchester City merupakan antara yang terbaik di dunia, tidak hanya Fernandinho tetapi juga Kevin De Bruyne, Bernardo Silva dan David Silva.”
”Secara teknikalnya, mereka merupakan jentera tengah terbaik di Eropah pada ketika ini, jadi ia akan menjadi sangat sukar untuk mengawal permainan.”
”Kami akan cuba untuk bermain corak permainan kami, tetapi sekiranya mereka dapat bermain dengan cara mereka, sudah tentu, anda perlu untuk kekal ke bawah.”
”Pada perlawanan pertama, kami beruntung kerana dapat menjaringkan gol. Kemudian, terutamanya pada 20 minit pertama, 25 minit separuh masa kedua, mereka memberikan kami ruang, jadi ia sedikit memudahkan kami.”
Segalanya akan terungkai pada awal pagi apabila kedua-dua pasukan akan bertemu di Etihad Stadium.