Cardiff City Terkejut Nantes Tagih Yuran Perpindahan Emiliano Sala

Cardiff City dikatakan terkejut dan kurang gembira apabila Nantes bertindak menagih yuran perpindahan yang dijanjikan untuk Emiliano Sala.

Perjanjian diantara kedua-dua kelab membabitkan pembayaran secara ansuran di dalam tiga peringkat untuk pemain dari Argentina itu.

Sala disahkan sebagai salah satu mangsa yang terlibat di dalam nahas pesawat selepas pengecaman dilakukan berikutan penemuan rangka pesawat lewat semalam yang menjunam ke Selat Inggeris.

Nantes utus surat

The Guardian melaporkan Kelab Ligue 1 Perancis itu telah mengutus sepucuk surat pada Selasa lalu, dan turut mengancam akan mengambil tindakan undang-undang sekiaranya Cardiff gagal menyelesaikan bayaran yang sepatutnya di dalam tempoh 10 hari.

Walaupun Nantes sememangnya layak menerima bayaran tersebut dari segi perundangan, Cardiff dikatakan tidak gembira dengan cara yang dilakukan Nantes, apatah lagi selepas apa yang telah berlaku kepada Sala.

Cardiff percaya mereka seharusnya diberikan lebih ruang dan masa untuk menjelaskan bayaran tersebut.

Perspektif Cardiff City

Dari segi perspektif Cardiff City, mereka harus terlebih dahulu diberikan ruang untuk mengumpul segala maklumat berkaitan tragedi yang berlaku. Tidak ada cubaan dari kelab Wales itu untuk cuba menafikan kontrak yang telah dipersetujui sebelum ini.

Serpihan pesawat yang terhempas di Selat Inggeris

Cardiff dikatakan hanya mahukan maklumat lengkap mengenai kemalangan yang berlaku, dan ini juga bermakna Nantes mungkin harus menunggu sehinga laporan kepada punca kemalangan dilengkapkan oleh pasukan penyiasat.

Sala dilaporkan kembali ke Nantes untuk urusan peribadi selepas menandatangani kontrak bersama Cardiff, sebelum pesawat yang membawa pemain itu dilaporkan hilang dalam perjalanan kembali untuk menyertai pasukan barunya itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN