Pellegrini: “Klopp Sebenarnya Sudah Biasa Menang Dengan Gol Offside”

Manuel Pellegrini mendakwa pengurus Liverpool, Jurgen Klopp sudah biasa memenangi perlawanan dengan jaringan-jaringan offside. Pengurus West Ham itu berkata demikian selepas pasukan kendalian beliau mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang pendahulu liga itu.

Liverpool mendahului melalui jaringan Sadio Mane dalam perlawanan yang berlangsung pada pagi tadi, sebelum jaringan Michail Antonio menafikan Liverpool untuk terus melebarkan kelebihan di puncak liga.

Jaringan kontroversi Liverpool

Jaringan oleh Sadio Mane itu dianggap kontroversi selepas James Milner yang menghasilkan bantuan gol untuk Mane berada di posisi offside.

Pengadil gagal mengangkat bendera untuk memberikan sepakan percuma kepada West Ham dalam situasi tersebut, dan bukan hanya sekali kesilapan oleh pengadil berlaku di dalam perlawanan ini.

Divock Origi yang memperolehi peluang minit akhir untuk menjaringkan gol kemenangan turut berada di posisi offiside, tetapi turut tidak diendahkan pengadil.

Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, Pellegrini jelas masih ingat akan perkara sama yang pernah dilalui beliau ketika berhadapan dengan Klopp enam tahun yang lalu.

Klopp menang kerana offside

Pada 2013, Borussia Dortmund kendalian Klopp menewaskan Malaha yang dibimbing oleh Pellegrini 3-2 di suku akhir UEFA Champions League.

Dua daripada jaringan minit akhir oleh Dortmund jelas offside -termasuk gol kemenangan yang jelas menunjukkan empat pemain kelab Jerman itu berada di posisi offside.

“Klopp sudah biasa untuk menang dengan jaringan offside,” ujar Pellegrin pada pagi tadi. “Beliau menewaskan saya ketika masih bersama Malaga dengan jaringan yang sudah offside sejauh 7 meter. Jadi apa lagi yang beliau mahu perkatakan?”

(Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Mengenai perlawanan tadi, Pellegrini berkata: “Mereka menjaringkan satu gol yang jelas sudah satu meter offside. Pada minit akhir Origi sudah berada di hadapan penjaga garisan sejauh 1 meter.

Bekas pengendali Manchester City itu kemudian menambah: “Saya sudah berkata sebelum ini bahawa kami memerlukan kemenangan untuk penyokong kami, dan juga juga untuk membantu Manchester City. Mereka juga kelab saya. Mungkin kerana itulah pengurus Liverpool itu tidak suka,” ujar Pellegrini ketika mengulas perbalahan dengan pengurus Liverpool itu di kawasan teknikal ketika perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN