Pengendali Wolves, Nuno Espirito Santo meluahkan rasa kurang senang mengenai kehadiran seekor kucing hitam yang telah mencerobohi kawasan padang ketika perlawanan Wolverhampton menentang Everton di Goodison Park, kelmarin.
Bagi Espirito, beliau menganggap kehadiran kucing tersebut telah membawa ‘nasib malang’ kepada tuan rumah selepas ditewaskan pasukan kendaliannya 3-1.
Menurut tradisi di England, kucing hitam dianggap sebagai membawa tuah. Namun ianya berbeza di kebanyakan negara Eropah yang lain dengan menganggap ianya sebagai pembawa kepada nasib malang.
Pembawa malang
Pengadil, Lee Mason terpaksa memberhentikan perlawanan seketika apabila kucing yang diberi gelaran ‘Goodison Cat’ itu telah memasuki padang.
Kucing hitam tersebut mula berlegar di dalam padang sejurus Leander Dendoncker menjaringkan gol ketiga pelawat pada minit ke-66. Ia kelihatan mencari jalan keluar selepas menyedari menjadi perhatian orang ramai.
Selepas perlawanan, Espirito sebagai berkata, jika dinegaranya ‘kucing hitam’ adalah pembawa malang. Oleh itu beliau enggan sama sekali melihat kejadian seperti itu berlaku lagi.
“Di negara saya Portugal, kucing hitam adalah membawa malang jadi saya tidak mahu melihat kucing itu sekali lagi.”
“Saya tidak suka kucing hitam.” tegasnya.
Besiktas didenda
Pada Mac tahun lalu, gara-gara seekor kucing mencerobohi padang, kelab Turki, Besiktas telah dikenakan didenda 34,000 euro (RM159,295) oleh Kesatuan Bolasepak Eropah selepas perlawanan Liga Juara-Juara bertemu Bayern Munich pada 16 Mac tahun lalu.
Besiktas didenda kerana membenarkan ataupun gagal menghalang kucing tersebut memasuki kawasan padang dan berlegar-legar di tepi padang.
UEFA memberikan amaran kepada Besiktas kerana kegagalan pengurusan stadium mereka mengawal keadaan tersebut.