Quantcast

KAJIAN & FAKTA

5 Perkara Yang Boleh Membuatkan Mesut Ozil Meninggalkan Arsenal

Mesut Ozil merupakan salah satu nama besar dalam bola sepak Eropah. Beliau juga  antara perancang yang paling kreatif di dunia. Beliau adalah pemain penting pasukan Jerman – ketika negara itu menjuarai Piala Dunia pada 2014.

Permainan yang penuh visi serta mudah, itu yang seringkali dipamerkan Mesut Ozil. Namun begitu, berikut adalah 5 perkara yang kami rasakan boleh menyebabkan Mesut Ozil meninggalkan pasukan Arsenal.

1.Taktikal Unai Emery

Pada musim ini, sudah beberapa kali Mesut Ozil disisihkan daripada pasukan utama atas alasan taktikal.

Sistem permainan yang dikehendaki oleh Unai emery adalah berasaskan sistem tekanan intensif. Ini bermaksud setiap pemain perlu memerah keringat untuk menyerang dan bertahan bersama-sama.

LONDON, ENGLAND – DECEMBER 19: Henrikh Mkhitaryan of Arsenal is challenged by Danny Rose of Tottenham Hotspur during the Carabao Cup Quarter Final match between Arsenal and Tottenham Hotspur at Emirates Stadium on December 19, 2018 in London, United Kingdom. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Mesut Ozil adalah pemain yang malas bertahan. Oleh itu Mesut Ozil amat sukar untuk menempatkan diri di dalam pasukan. Unai Emery mahu memastikan Ozil benar-benar bersedia dengan corak permainan yang dimahukan.

2. Dana perpindahan

Laporan oleh media di England menyatakan bahawa; rqUnai Emery hanya diberikan £45 juta untuk perpindahan akan datang.

Sekiranya Mesut Ozil terus gagal untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama – Unai Emery mungkin akan menjual Ozil untuk mendapatkan tambahan dana perpindahan.

LONDON, ENGLAND – AUGUST 12: Unai Emery, Manager of Arsenal speaks with Mesut Ozil of Arsenal during the Premier League match between Arsenal FC and Manchester City at Emirates Stadium on August 12, 2018 in London, United Kingdom. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Ozil antara pemain yang masih ada nilai tinggi buat masa ini.

Emery pada bulan lalu mengakui beliau tiada dana untuk perpindahan tetap. Pengurusan tertinggi hanya merestui perpindahan secara pinjaman.

3. Pengurangan kos

Selain itu Lembaga Pengarah Arsenal dikatakan mahu Unai Emery mengurangkan kos pasukan. Dalam erti kata lain beberapa pemain harus dilepaskan.

Itulah sebab kenapa tawaran kontrak kepada Ramsey sebelum ini ditarik balik.

Dalam beberapa keadaan ianya juga akan boleh meletakkan nama Ozil sebagai potensi pemain yang akan dijual. Sekiranya beliau gagal menjadi pemain utama, ataupun beliau sendiri tidak gembira.

4. Tekanan lembaga pengarah (BOD)

Ozil pemain bergaji paling tinggi dan sudah pastinya tempat beliau adalah di atas padang dan bukannya di bangku simpanan.

Jadi, faktor campur tangan ‘bos besar’ boleh berlaku. Jika Unai Emery tidak memberikan jaminan pasukan utama dan kesebelasan utama untuk Ozil, mungkin beliau akan diarahkan menjual Ozil. Lebih lebih lagi jika Arsenal gagal ke UCL untuk musim hadapan.

Bagi Unai Emery pastinya beliau tiada masalah untuk menyimpan Ozil dalam pasukan.

5. Ozil minta dilepaskan

Seorang pemain bintang seperti Mesut Ozil pastinya tidak gembira disimpan. Beliau masih menjadi pemain yang menarik minat banyak kelab besar.

Ianya sangat bergantung kepada hubungan Ozil dan Unai Emery selepas ini. Jika hubungan itu tidak berjalan dengan baik, Ozil mungkin akan mencari destinasi lain.

Rumusan

Itu adalah pandangan umum kami tentang kemungkinan besar Ozil akan pergi meninggalkan Arsenal. Apa pandangan anda? Penyokong Arsenal pastinya tidak mahu kehilangan Mesut Ozil.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!