Ole Gunnar Solskjaer Akui Tindak Balas Pemain Penentu Nasib Beliau Di Manchester United

Solskjaer

Ole Gunnar Solskjaer merasakan bahawa peluangnya untuk menjadi pengurus tetap buat Manchester United adalah bergantung kepada respon anak buahnya terhadap kaedah diamalkannya.

Nama Solskjaer menjadi perhatian selepas beliau dilantik menjadi pengurus sementara Manchester United bagi menggantikan Jose Mourinho pada Disember tahun lalu.

Sejak kehadiran Solskjaer membimbing pasukan, United kini sedang meniti prestasi memberangsangkan setelah mereka berjaya menang lapan daripada sembilan aksi dibawah kendalian pengendali kelahiran Norway itu.

Di samping prestasi hebat ketika ini, pemain seperti Paul Pogba dan Anthony Martial yang dihimpit kontroversi ketika dibawah bimbingan Jose Mourinho juga menunjukkan prestasi baik serta memainkan peranan penting buat The Red Devils ketika ini.

Permulaan yang begitu meyakinkan United bersama Solskjaer memperlihatkan peluangnya untuk memegang jawatan secara tetap semakin terbuka luas.

LONDON, ENGLAND – JANUARY 25: Manchester United fans hold a banner showing support for Ole Gunnar Solskjaer, Interim Manager of Manchester United during the FA Cup Fourth Round match between Arsenal and Manchester United at Emirates Stadium on January 25, 2019 in London, United Kingdom. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

”Jawatan ini (pengurus pasukan) seperti roda yang berputar. Saya perlu membuat para pemain beraksi dengan lebih baik.”

”Sekiranya saya boleh membuatkan pasukan bermain dengan baik, membuatkan pemain memberikan tindak balas kepada saya, melihat kepada keputusan yang menjadi lebih baik dan menunjukkan gaya bermain di sana, kemudian ia akan menjadikan tambahan besar buat saya (untuk kekal di Manchester United).”

”Tetapi saya tidak berada di sini untuk bercakap tentang diri saya dan apa yang dikenali sebagai pengurus nama besar. Apa itu ‘nama besar’?

”Pada saya, ia adalah berkaitan bagaimana anda bekerja bersama pemain dan kelab. Sekiranya saya meletakkan sasaran saya dari segi keputusan, saya merasakan ia merupakan satu proses yang salah.”

”Apabila saya datang kesini, ia bercakap mengenai pemain tentang persembahan dan apa yang kami harapkan daripada gaya permainan.”

”Saya tahu sekiranya kami dapat bermain dengan gaya permainan yang betul, kami akan memperoleh mata yang cukup untuk berada dalam kedudukan empat pasukan terbaik pada penghujung musim ini.”

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN