K. Rajagobal: “Itulah Pertama Kali Saya Masuk Ke Padang Sebagai Jurulatih”

Ketua Jurulatih PKNS FC, Datuk K. Rajagobal menyatakan beliau tidak pernah masuk ke dalam padang ketika perlawanan masih dijalankan. Namun beliau terpaksa berbuat demikian dalam aksi melibatkan Terengganu dan PKNS FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, semalam.

Rajagobal menjelaskan tindakan beliau adalah untuk menenangkan keadaan daripada menjadi lebih panas – dan bukannya kerana beliau bengang ataupun ‘kerasukan’. Ini berikutan tindakan Igor Zonjic yang tiba-tiba meluru ke arah pemain PKNS FC. Tindakan itu bagi Rajagobal mampu mencetuskan insiden yang tidak diingini.

Dipetik daripada Utusan Malaysia, K. Rajagobal berkata: “Saya tidak pernah buat [masuk ke padang] di dalam karier saya [sebagai jurulatih]. Namun saya nampak Igor mahu menolak pemain dan sebagainya. Jadi saya merasakan, situasi akan menjadi lebih teruk.”

“Itulah sebabnya, saya cuma pergi kepadanya untuk memberitahu, kenapa beliau berbuat demikian. Bahkan, Irfan Bakti sendiri terkejut dengan apa yang berlaku. Tamat perlawanan Irfan datang kepada saya dan meminta maaf, dan saya okay.”

Rajagobal menjelaskan insiden itu panas kerana pemain Terengganu cuba meneruskan permainan dalam keadaan pemain beliau cedera – ataupun dalam bahasa mudahnya, ianya tidak ‘fairplay’. Itu yang membuatkan pemain PKNS FC, Faizat Ghazali bertindak di luar kawalan.

Pada minit ke-69, Faizat mengasari Khairu Azrin selepas pemain itu tidak mahu mengeluarkan bola bagi ‘fairplay’. Tindakan Faizat mencetuskan ketegangan dan berlaku pergelutan di antara para pemain kedua-dua pasukan. Namun keadaan itu berjaya dikawal.

PKNS FC hampir menang di tempat lawan, namun Abdul Malik Mat Ariff menjaringkan gol penyamaan pada minit akhir. Sekaligus perlawanan berakhir seri 1-1.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN