Maurizio Sarri Anggap Bayern Munich Bersikap Tidak Profesional

Nampaknya, tembakan padu telah pun dilepaskan!

Pengurus Chelsea iaitu Maurizio Sarri menganggap tindakan kelab Bundesliga iaitu Bayern Munich adalah tidak profesional dalam usaha mereka untuk mendapatkan pemain muda The Blues iaitu Callum Hudson-Odoi.

Bayern Munich telah menghantar 4 bidaan rasmi kepada Chelsea sebagai usaha untuk mendapatkan Hudson-Odoi namun bidaan keempat itu belum lagi mendapatkan respon dari kelab England itu.

Malah, situasi semakin sukar apabila Hudson-Odoi telah menghantar permohonan berpindah secara rasmi kepada Chelsea dalam usaha untuk membolehkan perpindahan itu direalisasikan.

Bercakap kepada media, Sarri jelas tidak berpuas hati dengan apa yang dilakukan oleh Bayern Munich.

“Saya rasa ianya tidak profesional kerana ianya Bayern Munich bercakap mengenai pemain yang sedang mempunyai kontrak bersama-sama Chelsea.”

“Malah mereka turut tidak menghormati kelab ini.”

Walaupun begitu, Sarri jelas gembira dengan peningkatan yang diperoleh dari Hudson-Odoi. Pemain itu katanya jelas telah meningkat naik dari segi permainannya.

“Saya cukup gembira dengan beliau kerana peningkatan yang telah diperoleh olehnya.”

“Banyak yang saya fikirkan di bahagian pertahanan. Buat masa sekarang, beliau perlu meningkatkan prestasi ketika melakukan pergerakan tanpa bola.”

“Walaupun begitu, beliau jelas bermain dengan cukup baik ketika ini.”

Sarri dikatakan berada dalam keadaan pening kepala sama ada untuk memilih Hudson-Odoi atau tidak dalam skuad Chelsea untuk aksi FA Cup.

Hal ini kerana berpunca dari kemahuan pemain itu untuk pergi jauh dari kelab tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN