Selepas menanti dan terus menanti, Maurizio Sarri kini boleh mengukirkan senyum selepas berjaya mendapatkan khidmat pemain penyerang diidamkan, Gonzalo Higuain.
Penyerang antarabangsa Argentina itu dipinjamkan ke Chelsea sehingga tamat musim ini beserta pilihan pembelian secara tetap bernilai $41 juta pada musim panas nanti.
Menurut sumber Goal, Juventus turut memberikan pilihan lanjutan pinjaman sehingga Jun 2020.
Higuain akan memakai jersi bernombor 9 dan bakal menjadi sandaran utama Chelsea sekaligus menyelesaikan masalah ketumpulan penyudah jentera serangan pasukan.
Welcome to London and welcome to Chelsea, @G_Higuain! 🙌#HiguaIN pic.twitter.com/DMJN7z8YOL
— Chelsea FC (@ChelseaFC) January 23, 2019
Sebelum ini The Blues meletakkan harapan kepada Alvaro Morata dan Olivier Giroud yang gagal memberikan sumbangan berkesan ketika diberikan peluang beraksi.
Morata dikatakan semakin hampir untuk dipinjamkan ke Atletico Madrid.
”Apabila peluang untuk menyertai Chelsea itu muncul dengan sendirinya, saya perlu untuk mengambil peluang ini,” ujar Higuain.
”Ini merupakan kelab yang saya sentiasa gemari dengan banyak sejarah mengenainya, stadium yang menarik dan mereka bermain dalam saingan Liga Perdana Inggeris, satu liga yang saya sentiasa mahu untuk beraksi.”
”Saya berharap saya boleh membalas semula kepercayaan Chelsea dengan aksi yang dipamerkan di atas padang. Saya tidak sabar untuk memulakannya dan berharap dapat menyesuaikan diri secepat yang mungkin.”
Gonzalo Higuain dan Maurizio Sarri pernah bekerjasama di SS Napoli pada musim 2015/16 dan lebih manis beliau dinobatkan selaku penjaring terbanyak Serie A pada musim tersebut.
Kredit foto: Marca