Everton Mahu Lapor PSG Ke FIFA Kerana Cuba ‘Tapping Up’ Idrissa Gueye

Everton dilaporkan tidak memberikan restu kepada PSG untuk menghubungi Idrissa Gueye jika tanda harga mereka tidak dapat dipenuhi oleh PSG.

Mereka juga memberikan amaran akan melaporkan PSG kepada FIFA kerana ada cubaan tapping up ataupun menggunakan pintu belakang dalam usaha kelab itu mendapatkan Idrissa Gueye.

Beberapa hari lalu, dilaporkan PSG melakukan bidaan bernilai €25 juta untuk Idrissa Gueye, namun ianya ditolak oleh Everton. Hal ini kerana Everton percaya mereka patut mendapat lebih banyak daripada itu.

Everton mendapati Gueye mulai tergganggu fokus beliau selepas berita tersebut. Everton memberikan amaran agar PSG agar tidak menghubungi pemain itu secara peribadi dari pintu belakang – tanpa melalui kelulusan mereka.

Ini termasuk memberikan amaran kepada sebarang usaha oleh PSG meracuni Iddrisa Gueye mendesak perpindahan itu – misalnya dengan menghantar surat minta pindah (transfer request).

Everton kini dalam pertimbangan untuk melaporkan PSG ke FIFA dan Uefa, selepas mereka mendapati PSG cuba menggunakan pintu belakang untuk menghubungi pemain itu.

Everton kemudian menyatakan pendirian konsisten mereka untuk tidak mendengar sebarang tawaran daripada PSG ke atas pemain penting mereka kecuali dengan harga yang ‘betul’.

Everton berpendapat, agak sukar untuk mencari pengganti kepada Gueye terutama sekali dengan angka wang yang ditawarkan oleh PSG. Everton juga dikatakan hanya akan mempertimbangkan tawaran bernilai €40-€50 juta.

Dalam perkembangan lain, Yannick Bolasie kembali daripada tempoh pinjaman beliau di Aston Villa selepas mendakwa dirinya tidak gembira di sana. Bolasie pulang lebih awal daripada sepatutnya.

Everton kini dalam usaha untuk membawa Michy Batshuayi ke Goodison Park selepas pemain itu kembali ke Chelsea. Ini setelah tempoh pinjaman beliau di Valencia ditamatkan.

Adakah Batshuayi akan mengulangi apa yang dilakukan Lukaku sebelum ini? Cemerlang di Everton selepas gagal mendapat tempat di Chelsea.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN