Pulau Pinang Lancar Jersi Baharu Musim 2019 Yang Diinspirasikan Daripada Penyokong

Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) memperkenalkan jersi baharu pasukan mereka bagi kempen Liga Malaysia musim 2019 selepas menjalinkan kerjasama dengan jenama Stallion Apparel.

Majlis pelancaran yang diadakan di The Light Hotel disempurnakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB. Chow Kon Yeow.

Yang turut hadir, Presiden FA Penang – Dr Amar Pritpal, Exco Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang – YB Soon Lip Chee, Datuk Abdul Rashid Ismail serta disaksikan penyokong-penyokong yang hadir atas tiket jemputan oleh pihak persatuan.

Membawa slogan ‘Dari Penyokong Untuk Penyokong’, reka bentuk jersi ini direalisasikan sendiri oleh penyokong Pulau Pinang selepas persatuan mengadakan pertandingan mencipta jersi pasukan pada 9 Oktober 2018.

Jersi terbaharu menampilkan tiga warna simbolik, iaitu biru sebagai kit rumah (home), putih kit pelawat (away) dan hitam kit ketiga (alternatif) yang melambangkan ‘Harimau Kumbang’ sebagai ikon pasukan tersebut.

Jersi mula dijual di majlis tersebut dengan harga RM99.00 (Player Issue), dan selebihnya akan dijual pada perlawanan persahabatan Pulau Pinang menentang Puchong Fuerza FC, 25 Januari ini di Stadium Bandaraya Pulau Pinang.

Reaksi penyokong

Wakil SemuanyaBola sempat menemubual salah seorang penyokong setia Pulau Pinang, En. Kenneth Chew bagi mendengar reaksi beliau mengenai majlis pelancaran jersi terbaru Pulau Pinang malam tadi.

Menurut Chew, beliau begitu terharu selepas mendengar ucapan dari Ketua Menteri yang mana Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibawah YAB Chow Kon Yeow mengambil serius tentang kemajuan bola sepak di negeri Pulau Pinang.

“Nampaknya kerajaan negeri benar-benar serius mahu melihat kemajuan bolasepak negeri Penang melalui ucapan Ketua Menteri, YAB Chow Kon Yeow. Ia sudah tentu memberi petanda yang baik untuk semua penyokong bola serta FAP.”

“Saya berharap momentum ini berkekalan bukan sahaja daripada pihak kerajaan negeri, tetapi semua pihak yang terlibat dalam kancah arena bola sepak negeri Penang, baik para penaja, FAP, pengurusan serta pasukan bola sepak dan semua penyokong Team Penang!”

Akhir kata, Chew menyeru semua penyokong Pulau Pinang untuk kembali ke stadium dan memberi kepercayaan semula kepada pasukan.

“Ayuh penyokong ! Kita kembali ke Stadium. Jom Bangkit ! itulah ‘war cry’ kami bersama Haria Penang Haria!!!”

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN